Penggal kepala gajah: Ganjaran RM10,000 kepada pemberi maklumat

KOTA KINABALU – Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar (KePKAS) menawarkan ganjaran sebanyak RM10,000 kepada mana-mana individu yang tampil memberikan maklumat penting berhubung pembunuhan kejam gajah Pygmy Borneo di Sabah.

Menterinya, Datuk Seri Christina Liew berkata, ganjaran itu akan diberikan kepada individu yang menyalurkan maklumat sehingga membawa kepada penangkapan, pendakwaan dan sabitan kesalahan terhadap pihak yang bertanggungjawab membunuh gajah tersebut.

“Kami membuat keputusan untuk menawarkan ganjaran RM10,000 dalam mesyuarat kementerian pada Rabu, susulan penemuan satu lagi bangkai gajah yang telah dipenggal kepalanya.

“Justeru itu, saya menyeru dan meminta saksi atau pemberi maklumat untuk tampil ke hadapan bagi membantu dalam siasatan yang sedang dijalankan,” katanya dalam kenyataan media pada malam Khamis.

Jelasnya, pembunuhan kejam terhadap gajah di Sabah sudah berlaku tiga kali sejak Januari tahun ini.

“Kami mahu bukti kukuh berkaitan perbuatan kejam ini,” katanya.

Justeru, beliau menyeru orang awam agar tampil memberikan kerjasama dengan melaporkan kepada Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah atau pihak polis sekiranya terdapat individu atau pihak yang menyaksikan mana-mana insiden berkenaan, bagi membolehkan pelaku dibawa ke muka pengadilan.

Related Posts

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan meminda Akta Tabung Haji 1995 (Akta 535) bagi memperkukuh tatakelola institusi berkenaan serta memastikan amanah umat Islam terus dipelihara, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

AYER KEROH – Kestabilan politik perlu terus dipelihara bagi memastikan kesinambungan pembangunan ekonomi negara, terutama ketika Malaysia berdepan ketidaktentuan geopolitik global, kata bekas Naib Presiden PKR, Tian Chua. Beliau berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Harimau Malaya tumbang 0-2 di tangan Vietnam

Harimau Malaya tumbang 0-2 di tangan Vietnam

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

Akar umbi yakin PKR terus perkukuh demokrasi, kepemimpinan parti

Akar umbi yakin PKR terus perkukuh demokrasi, kepemimpinan parti

AUKU langkah ke hadapan, kemenangan besar mahasiswa – Taufiq Johari

AUKU langkah ke hadapan, kemenangan besar mahasiswa – Taufiq Johari

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak