Trump tangguh 90 hari tarif timbal balik 75 negara

WASHINGTON – Donald Trump mempertimbangkan penangguhan 90 hari ke atas tarif timbal balik terhadap lebih 75 negara rakan dagang, satu langkah yang disifatkannya ‘hasil rundingan diplomatik dan semangat muhibah’ sebagai faktor langkah itu, lapor Anadolu Ajansi (AA).

“Saya mempertimbangkannya sejak beberapa hari lalu. Saya berbincang dengan Scott, Howard dan beberapa individu profesional lain dan saya fikir keputusan ini dimuktamadkan awal pagi ini.

“Ia ditulis dari hati, dan saya rasa kandungannya cukup baik.

“Ia ditulis sebagai sesuatu yang positif, bukan sahaja untuk dunia, tetapi juga untuk negara kita.

“Kita tidak mahu menyusahkan negara yang tidak perlu disusahkan — dan mereka semuanya ingin berunding,” kata Presiden Amerika Syarikat (AS) itu.

Trump merujuk kepada Setiausaha Perbendaharaan, Scott Bessent dan Setiausaha Perdagangan, Howard Lutnick.

Pengumuman itu dibuat pada hari yang sama dia menaikkan tarif ke atas import dari China kepada 125 peratus.

Pada masa sama, lebih 75 negara menerima penangguhan tiga bulan dari tarikh akhir yang akan menyebabkan mereka dikenakan tarif melebihi kadar asas 10 peratus, dengan sebahagian negara dijangka berdepan kadar lebih tinggi.

Dalam satu hantaran di platform Truth Social miliknya, Trump menjelaskan keputusan penangguhan dibuat selepas menerima permintaan dari negara terbabit yang ingin berunding mengenai isu berkaitan perdagangan, halangan perdagangan, tarif, manipulasi mata wang dan bentuk tarif bukan monetari.

Dia turut memuji negara itu yang menurutnya tidak bertindak balas ‘dalam apa juga cara terhadap Amerika Syarikat’.

Related Posts

Lapangan terbang utama Jakarta ditutup susulan letusan Gunung Anak Krakatau

JAKARTA – Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta, dekat sini ditutup sementara hari ini selepas abu gunung berapi daripada letusan Gunung Anak Krakatau dikesan di kawasan lapangan terbang itu menyebabkan 209 penerbangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
AS, Iran perlu kembali ke meja rundingan

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menggesa Amerika Syarikat (AS) dan Iran menghentikan tindakan yang boleh meningkatkan ketegangan serta segera kembali ke meja rundingan. Beliau berkata, peningkatan ketegangan antara kedua-dua…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemandu lori didakwa bunuh empat individu dalam kemalangan di LPT

Pemandu lori didakwa bunuh empat individu dalam kemalangan di LPT

Sabah harap isu 40 peratus dapat disegerakan – Hajiji

Sabah harap isu 40 peratus dapat disegerakan – Hajiji

MA63 perlu jadi komitmen, dasar nasional – PM

MA63 perlu jadi komitmen, dasar nasional – PM

MTPMA63: Kerajaan setuju prinsip tambah penyertaan Ahli Parlimen Sabah, Sarawak

MTPMA63: Kerajaan setuju prinsip tambah penyertaan Ahli Parlimen Sabah, Sarawak

Pengibaran Jalur Gemilang manifestasi cinta dan kebanggaan terhadap negara

Pengibaran Jalur Gemilang manifestasi cinta dan kebanggaan terhadap negara

Anwar pengerusi mesyuarat MTPMA63, lawat PPS Kampung Numbak

Anwar pengerusi mesyuarat MTPMA63, lawat PPS Kampung Numbak