Dua alumni Sarawak terpilih sertai latihan industri di China

KUCHING – Dua alumni cemerlang dari Sarawak Skills dan i-CATS University College (i-CATS UC), Adlee Abdul Hamid dan Melvin Munan Ingga terpilih menyertai program latihan industri selama sebulan di China bermula dari 7 April hingga 7 Mei.

Pengumuman rasmi telah dibuat semasa Majlis Konvokesyen Sarawak Skills dan i-CATS UC ke-26. 

Latihan ini ditaja oleh Foshan Feichi Motor Technology Company Limited sebagai pengiktirafan terhadap pencapaian luar biasa mereka dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

Menurut Pengarah Eksekutif Sarawak Skills Hallman Sabri, penyertaan mereka mencerminkan komitmen Sarawak dalam membentuk tenaga kerja berkemahiran tinggi untuk menyokong kemajuan Sarawak dalam teknologi mobiliti hijau dan hidrogen. 

“Mereka bukan sahaja akan memperoleh kemahiran teknikal baharu, malah dijangka membawa pulang ilmu dan pengalaman yang boleh memberi inspirasi kepada rakan-rakan mereka di Sarawak,” ujar beliau.

Difahamkan Adlee dan Melvin akan mengikuti latihan intensif di beberapa institusi dan kilang terkemuka di China. 

Ini termasuk pendedahan kepada teknologi hidrogen, sistem kenderaan elektrik (EV) terkini termasuk teknologi pemanduan autonomi, serta latihan praktikal di kilang Foshan Feichi yang memfokuskan kepada pengeluaran kenderaan komersial berkuasa hidrogen.

Program ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan Sarawak Skills dan i-CATS UC untuk memastikan graduan TVET bersedia menyokong pembangunan ekonomi mampan dan inovatif di Sarawak.

Related Posts

DKU cabar kemuka bukti penyiasatan Tuanku Muhriz sebelum Proklamasi 19 April

SEREMBAN – Dewan Keadilan dan Undang (DKU) Negeri Sembilan mencabar pihak yang mendakwa Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, sudah melalui penyiasatan yang secukupnya dan sepenuhnya sebelum…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Perpaduan warga Mukah contoh terbaik keharmonian Sarawak – Abdul Yakub

MUKAH – Kehadiran luar biasa seramai 110,772 pengunjung sepanjang tiga hari Penganjuran Program Sarawakku Sayang (SKS) 2026 Bahagian Mukah membuktikan semangat perpaduan dan keharmonian kaum di bahagian ini berada pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

DKU cabar kemuka bukti penyiasatan Tuanku Muhriz sebelum Proklamasi 19 April

DKU cabar kemuka bukti penyiasatan Tuanku Muhriz sebelum Proklamasi 19 April

Perpaduan warga Mukah contoh terbaik keharmonian Sarawak – Abdul Yakub

Perpaduan warga Mukah contoh terbaik keharmonian Sarawak – Abdul Yakub

Salah guna syarat lesen, 10 individu dan VNT ditahan

Salah guna syarat lesen, 10 individu dan VNT ditahan

Bayi antara empat maut, kemalangan lori dengan dua kereta

Bayi antara empat maut, kemalangan lori dengan dua kereta

Litar Rasa MADANI semarak F1, peniaga tempatan raih manfaat ekonomi – PM

Litar Rasa MADANI semarak F1, peniaga tempatan raih manfaat ekonomi – PM

Verstappen raih podium di Sepang, ulang kejayaan 2017

Verstappen raih podium di Sepang, ulang kejayaan 2017