Menjejak 90 tahun tradisi permainan Meriam Besi Kampung Talang Kuala Kangsar

KAMPUNG Talang, Kuala Kangsar, Perak, antara desa di Malaysia yang akan menjadi tumpuan setiap kali menjelang Hari Raya Aidilfitri.

Ini kerana Kampung Talang antara desa yang masih teguh dan kekal mempertahankan warisan turun-temurun iaitu permainan Meriam Besi atau dikenali Meriam Talang.

Saban tahun, aktiviti itu akan menggegarkan angkasa dengan dentuman meriam besi.

Mengimbau sejarah, tradisi Meriam Talang itu dipelopori oleh sekumpulan pemuda kampung pada tahun 1937 yang ingin mencipta kegembiraan pada malam raya.

Dikhabarkan antara anak muda terbabit bernama Abdul Manaf Mat Piah atau Pak Hasan dari Kampung Talang Changkat.

Meriam Talang adalah meriam buatan sendiri yang awalnya dibuat dari buluh dan kemudian bertukar ke besi pada tahun 70-an.

Dari semasa ke semasa, anak-anak muda kampung menggantikannya dengan meriam besi kerana ia lebih tahan lama dan menghasilkan bunyi lebih kuat.

Meriam Talang kini telah menjadi popular di seluruh Malaysia waima di peringkat dunia.

Video-video tentang permainan tradisi itu juga boleh ditonton di laman Facebook, YouTube dan TikTok yang menunjukkan pengaruh dan keunikan tradisi ini.

Penduduk Kampung Talang, Mohd Yusry Mohd Desa, 39, berkata, keistimewaan meriam Kampung Talang terletak pada cara ia dikendalikan dan bahan yang digunakan.

“Bahan utama ya adalah karbaid, sejenis bahan kimia yang bertindak balas dengan air untuk menghasilkan gas asetilena.

“Tidak ada meriam di Kampung Talang ibarat tiada hari raya bagi kami. Permainan ini telah berlangsung sejak sekian lama kecuali pada tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini,” katanya.

Pada tahun ini, ujarnya, terdapat 100 batang meriam besi bersaiz 10 dan 12 inci terlibat dalam aktiviti tersebut membabitkan penggunaan 2 tan karbaid.

Tambahnya, kesemua persiapan serta kos penyediaan aktiviti tersebut ditanggung sendiri oleh ahli-ahli pasukan antara RM80 hingga RM120 seorang.

“Setiap pasukan mempunyai seorang kapten yang akan bertanggungjawab mengawal permainan termasuk memastikan keselamatan para pemain dalam kumpulan masing-masing.

“Bunyi dentuman dihasilkan ini akan kedengaran tidak ubah seperti pesta berbalas pantun pada malam hari raya,” katanya lagi.

Menurut Mohd Yusry, pada tahun ini, setiap pasukan mewarna atau mengecat meriam mengikut tema yang ditetapkan berkonsepkan badan beruniform, bendera negeri dan Palestin.

Ujarnya, walaupun Meriam Talang merupakan permainan tradisi yang diwarisi dari generasi ke generasi, namun penduduk Kampung Talang bertanggungjawab dalam menjaga aspek keselamatan permainan itu.

“Setiap tahun, ketua kampung akan memanggil semua kapten terlibat dan mengadakan perjumpaan bersama pihak polis sebelum permainan berlangsung.

“Malah, semasa permainan berlangsung, kita meletakkan pita amaran 20 meter dari lokasi meriam untuk mengelak orang ramai mendekati kawasan permainan.

Saban tahun, aktiviti itu bukan sahaja menghidupkan suasana malam raya, malah turut menarik perhatian pengunjung dari dalam dan luar negara yang ingin merasai sendiri kemeriahan budaya tersebut.

Related Posts

CUEPACS Sarawak sokong langkah KPDN batal had jualan diesel demi kesejahteraan guru

KUCHING – Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) Sarawak menyambut baik keputusan membatalkan arahan kawalan jualan diesel ke atas kenderaan pengangkutan darat di negeri ini.   Pengerusinya yang juga…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerjasama MITA perkukuh potensi Miri sebagai hab edupelancongan

MIRI – Potensi Miri sebagai destinasi edupelancongan bakal diperkukuh menerusi kerjasama strategik bersama Malaysian Inbound Tourism Association (MITA) membabitkan pembangunan pakej pendidikan antara Miri, Bintulu dan Brunei. Timbalan Menteri Pelancongan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

CUEPACS Sarawak sokong langkah KPDN batal had jualan diesel demi kesejahteraan guru

CUEPACS Sarawak sokong langkah KPDN batal had jualan diesel demi kesejahteraan guru

Kerjasama MITA perkukuh potensi Miri sebagai hab edupelancongan

Kerjasama MITA perkukuh potensi Miri sebagai hab edupelancongan

Tiga tekad jadi panduan Rozy bawa perubahan di Buloh Kasap

Tiga tekad jadi panduan Rozy bawa perubahan di Buloh Kasap

Gagal kemuka dokumen pelepasan, kapal tunda ditahan di Perairan Miri

Gagal kemuka dokumen pelepasan, kapal tunda ditahan di Perairan Miri

Maxim Malaysia jayakan Silent Run 5.0 bina jambatan perpaduan komuniti

Maxim Malaysia jayakan Silent Run 5.0 bina jambatan perpaduan komuniti

PDRM Sarawak, PPDB perkasa kerjasama berkas penjenayah rentas sempadan

PDRM Sarawak, PPDB perkasa kerjasama berkas penjenayah rentas sempadan