Hans Isaac dilantik Pengerusi FINAS

PELAKON, penerbit dan pengarah filem, Datuk Hans Isaac sekali lagi dilantik Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) berkuat kuasa 26 Mac 2025.

Ketua Pegawai Eksekutif FINAS, Datuk Azmir Saifuddin Mutalib, mengumumkan pelantikan itu menerusi satu hantaran di Instagram.

“Setinggi penghargaan dan ucapan tahniah kepada Datuk Gerald Hans Isaac di atas pelantikan sebagai Pengerusi FINAS berkuat kuasa 26 Mac 2025,” katanya.

Hans, 54, atau nama sebenarnya Gerald Hans Isaac, secara rasmi memulakan tugas bagi menggantikan bekas pengerusi, Datuk Kamil Othman, yang menamatkan perkhidmatan pada 22 Februari lalu.

Sebelum ini, Hans pernah menyandang jawatan yang sama dari April 2019 hingga Mei 2020, sebelum melepaskannya susulan perubahan politik ketika itu.

Mengulas mengenai pelantikan semula ini, pelakon itu mengucapkan penghargaan kepada Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil, atas kepercayaan diberikan kepadanya untuk menerajui FINAS sekali lagi.

“Penggal berkhidmat di Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) telah pun berakhir.

“Kini saya kembali ke dalam industri yang melonjakkan nama saya ke satu tahap yang lebih tinggi.

“Saya pernah menjawat jawatan ini sebelum ini dan terpaksa melepaskannya akibat ketidakseimbangan politik ketika itu.

“Saya mempunyai banyak perancangan untuk industri seni, termasuk memperjuangkan hak pekerja di belakang tabir agar mereka mendapat pengiktirafan setanding dengan usaha mereka,” katanya.

Related Posts

Sepilok Jazz 2026 berpotensi angkat Sandakan sebagai destinasi pelancongan antarabangsa

SANDAKAN – Festival Sepilok Jazz 2026 dilihat berpotensi menjadi antara produk pelancongan antarabangsa yang mampu mengangkat nama daerah ini sebagai destinasi pelancongan berasaskan muzik, budaya dan alam semula jadi. Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
DBKL, CIMB anjur konsert Ambang Merdeka 2026 di Dataran Merdeka
  • AdenAden
  • August 26, 2026

KUALA LUMPUR – Kemeriahan sambutan konsert Ambang Merdeka 2026 di Dataran Merdeka di sini bakal menghimpulkan barisan artis dan pengiat seni tanah air pada jam 8 malam, 30 Ogos ini.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar