Penerima SARA bertambah kepada 5.4 juta pada 2025, bantuan cecah RM2,100

PUTRAJAYA – Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan diperluas kepada 5.4 juta penerima bermula 1 April 2025 berbanding 700,000 penerima sedia ada, sekaligus mencatatkan peningkatan hampir lapan kali ganda.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, berbanding hanya RM1,200 pada tahun 2024, dengan peningkatan sebanyak 75 peratus, penerima yang layak akan menerima bantuan SARA sehingga RM2,100 secara keseluruhan pada tahun 2025.

Jelasnya, bantuan itu akan dikreditkan secara bulanan ke MyKad penerima di seluruh negara, termasuk Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.

“Peluasan tersebut merupakan sebahagian daripada peningkatan peruntukan program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan SARA kepada RM13 bilion pada tahun 2025 iaitu jumlah tertinggi dalam sejarah penyaluran bantuan tunai Kerajaan kepada rakyat.

“SARA merupakan pendekatan bantuan secara bersasar di mana sebahagian pertambahan hasil negara serta penjimatan daripada perbelanjaan subsidi diagihkan semula bagi membantu mereka yang benar-benar memerlukan. 

“Penyaluran SARA melalui MyKad juga bersasar kerana kaedah tersebut memastikan golongan sasar menerima manfaatnya dalam bentuk barangan asas,” katanya menerusi satu kenyataan pada Rabu.

Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan berkata, keseluruhan 5.4 juta penerima SARA itu terdiri daripada 700,000 penerima sedia ada di dalam rekod eKasih dan 4.7 juta adalah penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR).

“700,000 penerima SARA sedia ada di dalam rekod eKasih yang telah menerima SARA sejak Januari 2025, mulai 1 April 2025, mereka akan menerima bantuan tambahan SARA sebanyak RM50 sebulan untuk golongan warga emas tiada pasangan, dan RM100 sebulan untuk isi rumah.

“Selain itu, 4.7 juta penerima STR sedia ada yang tidak berada di dalam rekod eKasih. Mulai 1 April 2025, mereka akan menerima bantuan baharu SARA sebanyak RM50 sebulan untuk golongan warga emas tiada pasangan, dan RM100 sebulan untuk isi rumah,” katanya. 

Jelasnya, mulai tahun 2025, penyaluran SARA melalui penggunaan MyKad akan diperluaskan ke negeri Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan berbanding hanya di negeri-negeri Semenanjung Malaysia pada tahun 2024.

“Kaedah pelaksanaan yang seragam ini adalah penambahbaikan daripada tahun lalu, berbanding penyaluran bantuan secara tunai dua kali setahun kepada penerima SARA yang bermastautin di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.

“Di bawah program SARA, pemanfaat boleh membeli barangan keperluan asas terpilih dengan menggunakan MyKad di kedai-kedai runcit berdaftar yang kini berjumlah lebih 3,500 buah di seluruh negara, berbanding 700 buah pada tahun 2024,” ujarnya.

Tambahnya, penerima SARA boleh menggunakan kredit yang disalurkan untuk membeli barangan keperluan asas terpilih di bawah kategori barangan kebersihan diri, ubat-ubatan dan peralatan persekolahan, selain daripada barangan makanan asas.

Soalan lazim (FAQ) dan semakan status kelayakan SARA boleh didapati di Portal Rasmi STR, pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my manakala maklumat lanjut mekanisme pelaksanaan SARA pula boleh dirujuk di https://www.mykasih.com.my.

Related Posts

Keberanian berdialog cerminan kematangan masyarakat – PM

JOHOR BAHRU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keberanian untuk berdialog dan mempertahankan pandangan berasaskan fakta mencerminkan kematangan sesebuah masyarakat dalam mendepani perbezaan pendapat. Beliau berkata, budaya dialog…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar seru Bangsa Johor pilih kepimpinan berani, berprinsip

JOHOR BAHRU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa pengundi di Johor supaya membuat pilihan yang tepat dengan memilih barisan kepimpinan negeri yang berintegriti, berwibawa dan komited memperjuangkan kebajikan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Keberanian berdialog cerminan kematangan masyarakat – PM

Keberanian berdialog cerminan kematangan masyarakat – PM

Anwar seru Bangsa Johor pilih kepimpinan berani, berprinsip

Anwar seru Bangsa Johor pilih kepimpinan berani, berprinsip

Puad Zarkashi zahir sokongan terbuka kepada PM, Maszlee di Puteri Wangsa

Puad Zarkashi zahir sokongan terbuka kepada PM, Maszlee di Puteri Wangsa

Maszlee mahu FELDA Ulu Tebrau keluar daripada bayangan kawasan pinggiran

Maszlee mahu FELDA Ulu Tebrau keluar daripada bayangan kawasan pinggiran

Suara kumpulan perhimpunan di Kota Kinabalu akan diteliti – Mustapha

Suara kumpulan perhimpunan di Kota Kinabalu akan diteliti – Mustapha

Papan iklan kempen Nor Zulaila diconteng

Papan iklan kempen Nor Zulaila diconteng