Benteng UMNO Kedah tetap kukuh walau tidak lagi memerintah

PADANG TERAP – UMNO Kedah menegaskan bahawa parti itu masih mempunyai kekuatan tersendiri di negeri ini walaupun tidak lagi memegang tampuk pentadbiran sejak 2018.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, parti itu kekal utuh dengan 15 bahagian dan 2,290 cawangan yang masih aktif tanpa ada mana-mana pemimpin utama yang meninggalkan parti untuk menyertai parti lain.

“Setakat ini, tiada ketua bahagian, timbalan, ketua Wanita, Pemuda atau Puteri yang meletakkan jawatan untuk menyertai parti lain. Begitu juga dengan cawangan-cawangan UMNO di Kedah, sejak kita kalah pada 2018, tidak ada satu pun yang ditutup atau beramai-ramai keluar parti,” katanya ketika ditemui pada Majlis Penyampaian Sumbangan Aidilfitri dan Majlis Berbuka Puasa di FELDA Bukit Tembaga di sini semalam.

Menurutnya, UMNO juga sedang berusaha mengembalikan keyakinan rakyat terhadap parti itu sebagai bekas peneraju kerajaan yang pernah membantu rakyat dan membawa kestabilan politik.

“UMNO dan Barisan Nasional (BN) sudah lebih 60 tahun mentadbir, manakala Pas dan Bersatu pula sudah dua hingga tiga tahun menjadi kerajaan. Pengundi akan menilai siapa yang benar-benar mampu mentadbir dengan baik.

“Dalam menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) atau Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan datang, rakyat akan membuat penilaian berdasarkan rekod pemerintahan parti-parti yang ada,” katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai kedudukan UMNO dalam Kerajaan Perpaduan bersama Pakatan Harapan (PH) di Kedah, Mahdzir menegaskan bahawa kerjasama itu berjalan dengan baik.

“Saya yakin bahawa parti-parti dalam Kerajaan Perpaduan mampu bergerak selari dan saling menyesuaikan diri untuk memastikan kestabilan politik di negeri ini,” ujarnya.

Related Posts

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

KOTA KINABALU – Program Kampung (Kg) Siaga 221 yang dilaksanakan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) penting dalam meningkatkan kesedaran dan kesiapsiagaan komuniti kampung menghadapi kemungkinan berlakunya bencana. Menteri di Jabatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tak dijemput PAU, itu hak dia – Adam Adli

PARTI Keadilan Rakyat (PKR) menghormati hak UMNO yang tidak menjemput wakil Pakatan Harapan (PH) ke Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026 dan ia tidak perlu dipersoalkan. Pengarah Komunikasi PKR, Adam Adli…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

Jangan sekadar berkokok, kalau berani tarik sokongan

Jangan sekadar berkokok, kalau berani tarik sokongan