Kelab Belia Lestari agih 1,000 pek bubur lambuk di Kampung Usahajaya Baru

SIBU –Kelab Belia Lestari mengadakan program amal dengan mengagihkan sebanyak 1,000 pek bubur lambuk kepada penduduk Kampung Usahajaya Baru, Sentosa.

Aktiviti yang berlangsung di hadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Sentosa ini menarik perhatian ramai terutama sekali dalam merapatkan hubungan antara belia dengan komuniti setempat.

Pengerusi Kelab Belia Lestari, Muhammad Mustaqim Hasin menyatakan program ini merupakan salah satu aktiviti tahunan kelab yang bertujuan bukan sahaja untuk meringankan beban penduduk setempat tetapi juga memberi peluang kepada golongan belia untuk berbakti melalui kerja amal. 

“Kami berharap dengan adanya program seperti ini, belia dapat menyumbang kembali kepada masyarakat selain menghindarkan mereka daripada terlibat dalam aktiviti yang tidak bermanfaat,” katanya.

Mustaqim juga menjelaskan seluruh dana bagi menjayakan program ini datangnya daripada sumbangan ahli-ahli kelab itu sendiri tanpa melibatkan tajaan atau peruntukkan daripada pihak luar.

 “Segala kos untuk melaksanakan program ini adalah hasil usaha ahli kelab yang ingin memberi manfaat kepada masyarakat tanpa mengharapkan ganjaran material,” ujarnya ketika mengagihkan bubur lambuk kepada penduduk pada Ahad.

Kelab Belia Lestari yang ditubuhkan pada 2020 menjadi platform penting dalam memperkasakan peranan belia dalam masyarakat. 

Beberapa aktiviti yang dijalankan oleh kelab ini bukan sahaja memberi peluang kepada belia untuk melakukan kerja kebajikan tetapi juga membantu mengelakkan mereka daripada terjerumus dalam pengaruh negatif terutama dengan kecenderungan golongan belia yang lebih aktif di media sosial.

Selain itu, Mustaqim berharap agar kelab ini terus menjadi pemangkin kepada belia untuk aktif dalam kerja kebajikan sekali gus menyumbang kepada pembangunan masyarakat yang lebih baik.

Related Posts

Polis tahan juruwang curi duit jualan dari kaunter

CAMERON HIGHLANDS – Tindakan seorang juruwang sebuah premis perniagaan di Kea Farm, Brinchang, di sini yang dipercayai beberapa kali mengambil wang hasil jualan terbongkar selepas perbuatannya dirakam kamera litar tertutup…

Lebih lanjut

teruskan membaca
JobCare Selangor tawar lebih 10,000 peluang kerja, gaji cecah RM5,000

KUALA SELANGOR – Lebih 10,000 peluang pekerjaan termasuk jawatan profesional dengan tawaran gaji sehingga RM5,000 telah disediakan menerusi Karnival Jelajah JobCare Selangor yang bermula sejak April lalu. Pengurus Kes Sistem…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Polis tahan juruwang curi duit jualan dari kaunter

Polis tahan juruwang curi duit jualan dari kaunter

JobCare Selangor tawar lebih 10,000 peluang kerja, gaji cecah RM5,000

JobCare Selangor tawar lebih 10,000 peluang kerja, gaji cecah RM5,000

Bellingham sumbat 2 gol penting, bawa England ke separuh akhir

Bellingham sumbat 2 gol penting, bawa England ke separuh akhir

Anwar ucap tahniah kepada BN, jamin pembangunan Johor kekal jadi keutamaan

Anwar ucap tahniah kepada BN, jamin pembangunan Johor kekal jadi keutamaan

BN peroleh majoriti mudah, bentuk Kerajaan Negeri Johor – SPR

BN peroleh majoriti mudah, bentuk Kerajaan Negeri Johor – SPR

PRN Johor: BN raih kemenangan, kuasai 48 kerusi DUN

PRN Johor: BN raih kemenangan, kuasai 48 kerusi DUN