Imigresen akan tetap teruskan Program Repatriasi Migran – Saifuddin

KULIM – Jabatan Imigresen Malaysia dalam proses untuk melanjutkan Program Repatriasi Migran yang dijadualkan tamat pada 31 Mac ini, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Beliau berkata, jabatan berkenaan sedang mendapatkan persetujuan Jabatan Peguam Negara untuk melaksanakan pendekatan kompaun kepada pendatang tanpa izin berbanding pendakwaan.

“Jadi ini alternatif yang kita ambil supaya mereka (pendatang tanpa izin) mendapat pilihan yang lebih manusiawi, mereka boleh balik (ke negara asal) untuk sambut Aidilfitri.

“Mereka bayar kompaun dan kita hantar balik. Jadi sekarang ini program semasa akan tamat pada 31 Mac, kita ke arah melanjutkannya,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas Majlis Penerapan Nilai-Nilai Murni dan Iftar bersama Menteri Dalam Negeri di Masjid Kampung Permatang Tok Dik di sini pada Jumaat.

Saifuddin Nasution berkata, di bawah program itu, warga asing yang melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen hanya perlu tampilkan diri dan membayar kompaun sebelum dihantar pulang.

“Kalau mereka berada di sini, kalau pasukan penguat kuasa imigresen buat operasi, mereka ditangkap dan akan berakhir di depoh… masuk tanpa dokumen, salah guna pas lawatan dan tinggal lebih masa semuanya kesalahan di bawah Akta Imigresen,” katanya.

Beliau berkata, tahun lepas, kerajaan berjaya mengutip bayaran kompaun sebanyak RM120 juta melalui Program Repatriasi Migran.

Related Posts

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak

IPOH – Sebanyak RM80,000 diperuntukkan bagi melaksanakan tujuh projek menerusi Program Pembolehdayaan Modal Insan dan Pembelajaran Sepanjang Hayat Perak Sejahtera 2030 Tahun 2026, dalam usaha memperkasa komuniti Orang Kurang Upaya…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lima anak Perak ke Kazakhstan, timba ilmu agroekonomi bertaraf antarabangsa

IPOH – Lima anak Perak bakal membawa nama negeri ke persada antarabangsa apabila terpilih mengikuti Program Ijazah Dual Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA)–Kazakh National Agrarian Research University (KazNARU) selama…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Harimau Malaya tumbang 0-2 di tangan Vietnam

Harimau Malaya tumbang 0-2 di tangan Vietnam

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

Akar umbi yakin PKR terus perkukuh demokrasi, kepemimpinan parti

Akar umbi yakin PKR terus perkukuh demokrasi, kepemimpinan parti

AUKU langkah ke hadapan, kemenangan besar mahasiswa – Taufiq Johari

AUKU langkah ke hadapan, kemenangan besar mahasiswa – Taufiq Johari

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak