Polis berkas tiga penagih curi kabel TM

PENAMPANG – Polis berjaya menahan tiga lelaki warga tempatan terlibat dalam kes curi kabel Telekom Malaysia (TM), di sini.

Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang dalam kenyataannya menyatakan kesemua suspek yang berumur lingkungan 23 hingga 30 tahun itu juga terlibat dalam penagihan dadah.

“Dalam serbuan yang dilakukan pada pagi Khamis, pihak polis bersama kakitangan TM berjaya merampas beberapa barangan termasuk kabel telekom dan pemotong besi yang dipercayai digunakan dalam aktiviti jenayah tersebut.

“Seterusnya dalam saringan awal ujian air kencing yang turut dilakukan, mendapati kesemua suspek positif dadah jenis ‘Methamphetamine’ dan ‘Amphetamine’,” katanya dalam kenyataan di sini pada Jumaat.

Menurut kenyataan tersebut, kes akan disiasat di bawah Seksyen 431A Kanun Keseksaan.

“Berdasarkan seksyen itu, suspek boleh dikenakan hukuman penjara tidak melebihi dua tahun, denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

“Kes juga akan disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum denda maksimum RM5,000 atau penjara sehingga dua tahun jika sabit kesalahan, ” kata kenyataan itu lagi.

Sehubungan itu, pihak polis menyeru agar masyarakat yang mempunyai maklumat berkaitan jenayah atau penyalahgunaan dadah segera melaporkan ke balai polis berhampiran bagi mengekalkan keselamatan dan ketenteraman awam.

Related Posts

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

MIRI – Kesemua lima mangsa yang menaiki sebuah helikopter sewa khas bagi Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) disahkan maut selepas pesawat berkenaan terhempas di hujung landasan STOLport Long Lellang pada petang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

KUALA PERLIS – Lapan pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar ditinggalkan di dalam sebuah sampan selepas dua lelaki dipercayai tekong dan awak-awak terjun ke kawasan berlumpur sebelum melarikan diri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar