Dua bom meletup, 9 polis cedera

PATTANI – Sembilan anggota polis cedera dalam dua insiden letupan bom berasingan di daerah Maelan, Wilayah Pattani, Selatan Thailand awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Maelan, Kol Pol Panya Utapao berkata, kejadian pertama sekitar jam 8.50 pagi waktu tempatan berlaku ketika pasukan polis sedang melakukan kawalan keselamatan di Kampung Pelakprue, Mukim Muang Tia, di sini.

“Ketika kejadian, kumpulan polis itu sedang meronda dengan menaiki tiga motosikal dan sebuah kenderaan pacuan empat roda.

“Secara tiba-tiba, satu letupan berlaku dan mencederakan sembilan anggota yang sedang bertugas,” katanya kepada pemberita.

Beliau berkata, kira-kira 20 minit selepas itu, satu lagi letupan bom berlaku di tepi jalan berdekatan.

“Hasil siasatan awal mendapati kedua-dua bom itu dipasang pada tiang elektrik di tepi jalan,” katanya.

Panya memaklumkan bahawa semua anggota polis yang cedera dihantar ke Hospital Maelan untuk menerima rawatan dan keadaan mereka kini dilaporkan stabil.

Menurutnya, pihak polis sedang giat menjalankan siasatan untuk mengesan dalang yang bertanggungjawab terhadap kejadian itu.

Sebelum ini, pada 8 Mac, beberapa insiden letupan bom dan tembakan tercetus di wilayah Narathiwat dan Pattani mengorbankan lima nyawa serta mencederakan 13 individu lain.

Related Posts

Lebih 150 orang awam maut akibat operasi tentera AS di Yaman

WASHINGTON – Operasi ketenteraan Amerika Syarikat (AS) mengorbankan 153 orang awam dan mencederakan 243 yang lain sepanjang 2025, menurut seorang pegawai AS, yang memetik penilaian Pentagon. Jumlah itu meningkat ketara…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lebih 100,000 hektar hutan Indonesia terbakar, risiko jerebu rentas sempadan

JAKARTA – Lebih 107,000 hektar kawasan hutan dan tanah di seluruh Indonesia terjejas akibat kebakaran setakat Isnin, dengan kerajaan meningkatkan usaha bagi mengelakkan jerebu rentas sempadan menjejaskan negara jiran. Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

KGBS saran pendekatan kreatif jayakan PdPR tanpa bebankan guru dan murid

KGBS saran pendekatan kreatif jayakan PdPR tanpa bebankan guru dan murid

Bekas Setpol Sanusi diperintah bela diri rasuah REE

Bekas Setpol Sanusi diperintah bela diri rasuah REE

Video tular pijak bendera Sarawak, UKPS buat laporan polis

Video tular pijak bendera Sarawak, UKPS buat laporan polis

Hari Kebangsaan, Hari Sabah diraikan serentak 31 Ogos

  • By Ithma
  • August 20, 2026
Hari Kebangsaan, Hari Sabah diraikan serentak 31 Ogos

ADUN Batu Danau turun padang tinjau kerosakan rumah mangsa ribut

ADUN Batu Danau turun padang tinjau kerosakan rumah mangsa ribut

Yayasan Petronas tingkat pendidikan STEM menerusi Hab Program Duta Guru di Sipitang

Yayasan Petronas tingkat pendidikan STEM menerusi Hab Program Duta Guru di Sipitang