Yayasan Petronas tingkat pendidikan STEM menerusi Hab Program Duta Guru di Sipitang

SIPITANG – Yayasan Petronas melancarkan Hab STEM Program Duta Guru (PDG) di Pusat Kegiatan Guru Sipitang dalam usaha meningkatkan mutu pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM), khususnya dalam kalangan pendidik di Sabah.

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Petronas, Shariah Nelly Francis berkata, inisiatif berkenaan mencerminkan komitmen Yayasan Petronas dalam memperkasakan guru sebagai pemangkin utama kepada pelaksanaan pendidikan STEM yang berkualiti.

“Fasiliti berkenaan menyediakan ruang khusus kepada para guru untuk berkolaborasi, mengakses sumber pengajaran serta memperkukuh kaedah penyampaian pendidikan STEM di bilik darjah.

“Ia dilengkapi teknologi moden dan pelbagai peralatan pengajaran, Hab STEM itu turut menjadi platform kepada pendidik untuk berkongsi amalan terbaik, memperkaya pengetahuan serta meningkatkan hasil pembelajaran murid.

“Hab STEM PDG memberi guru, khususnya Duta Guru, akses kepada kemudahan, sumber pengajaran dan pembelajaran serta peluang pembangunan profesional bagi menyokong pelaksanaan pendidikan STEM yang lebih berkesan,” kongsinya dalam satu kenyataan media, di sini, pada Khamis.

Dalam pada itu, Shariah Nelly berkata, penubuhan Hab STEM Sipitang turut mengukuhkan sokongan PDG kepada guru di seluruh Sabah, terutama mereka yang berkhidmat di kawasan luar bandar dan komuniti yang kurang mendapat akses kepada peluang pendidikan.

“PDG merupakan inisiatif nasional jangka panjang hasil kerjasama Yayasan Petronas dan Kementerian Pendidikan Malaysia menerusi Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP), dengan Teach For Malaysia sebagai rakan pelaksana dan Petrosains sebagai rakan pelaksana Hab STEM.

“Hab STEM Sipitang merupakan fasiliti pertama yang siap dibangunkan di bawah PDG Fasa Dua, melengkapkan rangkaian Hab STEM sedia ada di Selangor, Sarawak dan Terengganu.

“Menjelang akhir fasa itu, rangkaian berkenaan akan berkembang kepada enam Hab STEM di seluruh negara dengan dua lagi hab bakal diwujudkan di Melaka dan Perak.

“Penubuhan Hab STEM Sipitang sekali gus menjadi satu lagi pencapaian penting dalam usaha memperkukuh ekosistem pendidikan STEM di Sabah, di samping membantu melahirkan bakat masa depan yang bersedia menghadapi cabaran dan keperluan negara,” kongsinya.

Tambahnya, sehingga kini, PDG telah memberi manfaat kepada 358 guru STEM di Sabah, dengan 209 daripadanya berjaya menamatkan program dan dianugerahkan gelaran Duta Guru.

Related Posts

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

IPOH – Pemuda Parti Amanah Perak menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meneliti sumber kekayaan yang dikaitkan dengan anak-anak bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berangkat ke New Delhi, India malam ini bagi menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin-Pemimpin BRICS ke-18, selepas selesai lawatan kerja beliau di Sabah.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan