Penjawat awam Pahang dapat ‘duit raya’ RM1,000

KUANTAN – Kerajaan Pahang menerusi Majlis Mesyuarat Kerajaan hari ini bersetuju memberi Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri berjumlah RM1,000 kepada penjawat awam negeri.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, pemberian bantuan itu membabitkan kira-kira 8,000 penjawat awam negeri itu dengan implikasi kewangan berjumlah RM8 juta.

Katanya, bantuan itu bertujuan meringankan beban bagi menyambut perayaan Aidilfitri tidak lama lagi.

“Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri ini akan mula dibayar seminggu sebelum Aidilfitri.

“Diharapkan bantuan ini dapat meningkatkan semangat penjawat awam untuk terus berkhidmat lebih cemerlang demi kemakmuran dan kesejahteraan bersama,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Dalam pada itu, Wan Rosdy berkata, Kerajaan Negeri akan mengadakan Program Jualan Makmur Kluster Perayaan Hari Raya Aidilfitri 2025, iaitu program jualan barangan makanan keperluan ketika perayaan Aidilfitri bermula 22 hingga 27 Mac ini.

“Program jualan ini membabitkan 26 lokasi di seluruh Pahang.

“Ia membabitkan kerjasama pasar raya dan pembekal terpilih dengan pengurangan harga barangan antara 15 hingga 30 peratus berbanding harga pasaran semasa yang disubsidikan kerajaan Pahang membabitkan implikasi kewangan RM1.1 juta,” katanya.

Related Posts

10 tawaran utama bukti kesungguhan PH bangunkan Johor, Haniff seru perantau pulang mengundi

PONTIAN – Calon Pakatan Harapan (PH) bagi N.54 Pulai Sebatang, Haniff Hosman menegaskan bahawa 10 Tawaran Utama Johor Untuk Semua merupakan komitmen yang realistik dan menyeluruh bagi memastikan kemajuan negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
BUDI Diesel: Pengguna puji kelancaran sistem MyKad, harap prosedur kuota tambahan dipermudah

KUCHING – Inisiatif penyasaran subsidi individu melalui program BUDI Diesel yang dikawal selia oleh Kementerian Kewangan (MoF) terus mendapat maklum balas positif daripada pengguna di bandar raya ini.   Rata-rata pengguna…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

10 tawaran utama bukti kesungguhan PH bangunkan Johor, Haniff seru perantau pulang mengundi

10 tawaran utama bukti kesungguhan PH bangunkan Johor, Haniff seru perantau pulang mengundi

JKOM perkasa penyampaian mesej MADANI kepada masyarakat India melalui kerjasama dengan MITRA

JKOM perkasa penyampaian mesej MADANI kepada masyarakat India melalui kerjasama dengan MITRA

BUDI Diesel: Pengguna puji kelancaran sistem MyKad, harap prosedur kuota tambahan dipermudah

BUDI Diesel: Pengguna puji kelancaran sistem MyKad, harap prosedur kuota tambahan dipermudah

Lindung 24 jam bukti keberkesanan, Perkeso bayar lebih RM1.2 juta dalam bulan pertama

Lindung 24 jam bukti keberkesanan, Perkeso bayar lebih RM1.2 juta dalam bulan pertama

10 lelaki ditahan terlibat salah guna dadah

10 lelaki ditahan terlibat salah guna dadah

Tidak wajar lantikan Azam di NFCC dijadikan hukuman awam tanpa keputusan autoriti

Tidak wajar lantikan Azam di NFCC dijadikan hukuman awam tanpa keputusan autoriti