Tahanan wanita dibawa melawat jenazah suami di Kg Sundang

SANDAKAN – Seorang tahanan wanita dibawa ke rumah keluarganya untuk melawat jenazah suaminya buat kali terakhir di Kampung Sundang, di sini, pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Ahsmon Bajah berkata, tahanan wanita itu dibawa oleh pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis (IPD) Sandakan.

“Wanita warga asing berusia 60 tahun itu ditahan pada Selasa sebelum suaminya meninggal dunia ketika cuba memasuki perairan negara secara haram melalui Pulau Taganak, pukul 10.20 malam pada Ahad.

“Wanita ini dibawa ke rumah keluarganya untuk melawat jenazah suaminya iaitu seorang lelaki tempatan untuk buat kali terakhir yang meninggal dunia pada hari ini,” katanya dalam kenyataan, pada Isnin.

Beliau berkata, walaupun wanita tersebut adalah tahanan namun pihaknya tidak mengabaikan hak asasi mereka.

“Siasatan terhadap wanita itu dijalankan mengikut prosedur operasi standard (SOP) dan pada masa sama rukun negara keempat iaitu Kedaulatan Undang-Undang dan Hak Asasi sentiasa dipatuhi Polis Diraja Malaysia (PDRM) selaku agensi penguatkuasaan yang profesional.

“Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 5(2) dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63,” katanya.

Related Posts

Unimas mahu pendekatan inklusif tanpa jejas kualiti – Naib Canselor

KOTA SAMARAHAN – Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) menyambut baik usaha memperluas akses kemasukan ke Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) secara inklusif, namun menegaskan ia sama sekali tidak boleh menjejaskan prinsip…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pastikan keselamatan petugas kesihatan dilindungi sepenuhnya – Datuk Wee

KUCHING – Komitmen terhadap perlindungan dan keselamatan petugas barisan hadapan terus diperkasa dengan penganjuran Minggu Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSH) 2026 yang dirasmikan di Auditorium CRC, Hospital Umum Sarawak (HUS).  …

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Unimas mahu pendekatan inklusif tanpa jejas kualiti – Naib Canselor

Unimas mahu pendekatan inklusif tanpa jejas kualiti – Naib Canselor

Pastikan keselamatan petugas kesihatan dilindungi sepenuhnya – Datuk Wee

Pastikan keselamatan petugas kesihatan dilindungi sepenuhnya – Datuk Wee

Islam tidak pernah mengajar politik ketakutan

Islam tidak pernah mengajar politik ketakutan

Rejim Zionis dilapor guna penyeksaan sistematik terhadap tahanan, penduduk Palestin

  • By Siti
  • May 18, 2026
Rejim Zionis dilapor guna penyeksaan sistematik terhadap tahanan, penduduk Palestin

Kalau rasa nak ubah PM, tunggu pilihan raya – Mohamad Sabu

Kalau rasa nak ubah PM, tunggu pilihan raya – Mohamad Sabu

United tewaskan Forest, Carrick hampir pasti kekal sebagai pengurus pasukan

United tewaskan Forest, Carrick hampir pasti kekal sebagai pengurus pasukan