Hajiji mahu tumpu bangunkan Sabah, tidak fikir mahu promosi diri

TUARAN – Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor hanya mahu menumpukan kepada pembangunan negeri Sabah dan menjangkakan RM8 bilion boleh dicapai bagi hasil negeri pada tahun 2025.

Katanya, apa yang penting adalah mempromosikan Pelan Pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) sebagai dasar dan panduan kerajaan pimpinannya untuk membangunkan Sabah.

“Apa yang ada dalam fikiran saya ialah untuk membangunkan Sabah, berusaha meningkatkan pendapatan negeri daripada RM4 bilion dan sekarang sudah sampai RM7 bilion, malah tahun ini hasil kita mungkin boleh mencapai hampir RM8 bilion.

“Kalau kita pandai urus negeri, kita boleh capai, kita ada dasar mesra pelabur, orang datang dari dalam dan luar negara buka perniagaan, kilang.

“Kalau mereka nampak kerajaan negeri tiada perancangan, politik tidak stabil mana mungkin mereka datang.

“Apabila mereka datang, ekonomi kita berkembang dan banyak peluang pekerjaan untuk rakyat kita wujudkan, sudah beribu hingga puluhan ribu, ini yang kita buat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Berbuka Puasa Pemimpin Bersama Rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) N.13 Pantai Dalit di pekarangan Masjid Nur Falah, Kampung Mengkabong, di sini, pada Isnin.

Turut hadir Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar Negeri, Datuk Samad Jamri; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Dalit, Datuk Jasnih Daya; ADUN Tempasuk, Datuk Arsad Bistari; Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Sawit Kinabalu, Datuk Victor Ationg dan pemimpin masyarakat setempat.

Beliau menegaskan tidak pernah mempromosi diri sepanjang menjadi Ketua Menteri sejak kira-kira lima tahun lalu.

“Berbeza dengan kerajaan terdahulu, kerajaan pimpinan saya tidak pernah mengambil tindakan yang merugikan negeri setelah mengambil alih pentadbiran kerajaan.

“Kita rugi kalau buat begitu, tapi mereka dulu potong syarikat konsesi air, ada enam atau tujuh. Kita rugi bayar RM315 juta ‘for nothing’ kerana perintah mahkamah, ini kerja mereka,” tegasnya.

Sehubungan itu, beliau turut meminta rakyat negeri ini supaya bijak menilai baik buruk dan belajar daripada sejarah lalu negeri ini demi mengekalkan kestabilan politik.

Katanya, beliau yakin kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS)-Pakatan Harapan (PH) Plus yang ada sekarang sekali lagi mampu membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17) nanti.

“Bagilah sokongan dan saya yakin di Pantai Dalit ini kita akan menang dengan majoriti cukup hebat, apa lagi cerita di Sulaman dan saya rasa empat kawasan DUN di Tuaran bukan saja Sulaman dan Pantai Dalit, tapi juga Tamparuli dan Kiulu tetap milik GRS.

“Kita tiada pilihan, tiada apa mereka (pembangkang) buat dulu, hala tuju pun tiada.

“Rakyat jangan terpengaruh cerita kotor dan fitnah pemimpin pembangkang, mereka tiada kerja lain, setiap hari itu saja,” kata beliau.

Sementara itu, Hajiji yang juga ADUN Sulaman berkata isu kesesakan jalan raya yang menjadi rungutan pengguna, khususnya di laluan dari Bulatan Berungis hingga T-Junction, di sini bakal selesai apabila projek naik taraf laluan berkenaan siap.

“Peruntukan bagi projek itu sudah ada, manakala kontraktor juga sudah dipilih untuk melaksanakannya tidak lama lagi bagi menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas dengan kos lebih RM100 juta.

“Perkara ini selalu disebut Jasnih selaku ADUN Pantai Dalit kepada saya dan sebagai kerajaan yang bertangungjawab dan sebagai Ketua Menteri dari Tuaran, hal begitu memang menjadi keutamaan saya.

“Saya beri banyak sokongan bukan saja kepada Pantai Dalit, tapi juga Tamparuli dan Kiulu. Ini yang kita buat sebagai kerajaan, kita sungguh-suungguh pastikan pentadbiran kerajaan diurus dengan baik,” jelasnya.

Related Posts

10 tawaran utama bukti kesungguhan PH bangunkan Johor, Haniff seru perantau pulang mengundi

PONTIAN – Calon Pakatan Harapan (PH) bagi N.54 Pulai Sebatang, Haniff Hosman menegaskan bahawa 10 Tawaran Utama Johor Untuk Semua merupakan komitmen yang realistik dan menyeluruh bagi memastikan kemajuan negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
BUDI Diesel: Pengguna puji kelancaran sistem MyKad, harap prosedur kuota tambahan dipermudah

KUCHING – Inisiatif penyasaran subsidi individu melalui program BUDI Diesel yang dikawal selia oleh Kementerian Kewangan (MoF) terus mendapat maklum balas positif daripada pengguna di bandar raya ini.   Rata-rata pengguna…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

10 tawaran utama bukti kesungguhan PH bangunkan Johor, Haniff seru perantau pulang mengundi

10 tawaran utama bukti kesungguhan PH bangunkan Johor, Haniff seru perantau pulang mengundi

JKOM perkasa penyampaian mesej MADANI kepada masyarakat India melalui kerjasama dengan MITRA

JKOM perkasa penyampaian mesej MADANI kepada masyarakat India melalui kerjasama dengan MITRA

BUDI Diesel: Pengguna puji kelancaran sistem MyKad, harap prosedur kuota tambahan dipermudah

BUDI Diesel: Pengguna puji kelancaran sistem MyKad, harap prosedur kuota tambahan dipermudah

Lindung 24 jam bukti keberkesanan, Perkeso bayar lebih RM1.2 juta dalam bulan pertama

Lindung 24 jam bukti keberkesanan, Perkeso bayar lebih RM1.2 juta dalam bulan pertama

10 lelaki ditahan terlibat salah guna dadah

10 lelaki ditahan terlibat salah guna dadah

Tidak wajar lantikan Azam di NFCC dijadikan hukuman awam tanpa keputusan autoriti

Tidak wajar lantikan Azam di NFCC dijadikan hukuman awam tanpa keputusan autoriti