Tiada kompromi terhadap pihak cipta provokasi, hina agama Islam

JABATAN Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) tidak akan berkompromi terhadap mana-mana individu yang menghina agama Islam serta menegaskan tiada ruang diberikan untuk sebarang bentuk penghinaan dalam masyarakat.

Menurut kenyataan disiarkan di Facebook, Platform Talian Hina Agama sudah disediakan untuk menerima aduan berkaitan isu penghinaan terhadap agama Islam terutama yang dicetuskan menerusi laman media sosial.

Platform yang disediakan itu jelas menunjukkan komitmen JAKIM dalam memastikan sebarang tindakan yang tidak menghormati sensitiviti agama dapat ditangani dengan cepat dan berkesan.

Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee menegaskan, semua pihak hendaklah menghentikan sebarang tindakan yang boleh mencetuskan provokasi, kemarahan, dan ketegangan dalam masyarakat.

Beliau berkata, JAKIM memandang serius sebarang tindakan memuat naik kandungan media yang jelas mempermainkan serta mempersendakan ajaran Islam dan tular di media sosial.

“Tindakan sedemikian jelas mencetuskan ketidakharmonian dalam masyarakat, malah berpotensi menimbulkan ketegangan antara agama dan kaum. Keamanan dan kesejahteraan negara hanya dapat dikekalkan melalui sikap saling menghormati serta memahami antara masyarakat.

“Oleh demikian, sempena Ramadan yang penuh mulia ini, semua pihak dinasihatkan untuk mengamalkan sikap hormat-menghormati serta menjaga adab,” katanya.

Kenyataan itu dibuat susulan tular pelakon dan pelawak, Harith Iskander serta Cecelia Yap yang memuat naik kandungan dan komen jelik membabitkan agama Islam pada akaun Facebook.

Dua individu itu yang memuat naik kandungan dan komen jelik membabitkan agama Islam di Facebook, masing-masing dikenakan kompaun sebanyak RM10,000.

Tindakan kompaun berkenaan dikenakan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, berdasarkan peruntukan sebelum pindaan akta yang berkuat kuasa pada 11 Februari lalu.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan pihaknya menerima izin daripada Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk berbuat demikian kepada dua indvidu terbabit.

Pada 7 Februari lalu, JAKIM memanggil Harith Iskander untuk mendapat penjelasan dan diberi nasihat serta teguran. Sesi tersebut turut dihadiri oleh pegawai daripada pejabat Mufti Wilayah Persekutuan dan Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Selangor.

Related Posts

Gempa bumi bermagnitud 5.0 dikesan di perairan Sandakan

SANDAKAN – Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.0 berlaku di perairan Sandakan, Sabah pada jam 9.11 malam tadi. Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi kenyataan di Facebook pada Isnin, memaklumkan gempa itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan Kelantan, Pentadbir Tanah Pasir Mas diperintah bayar ganti rugi RM17.46 juta

KOTA BHARU – Kerajaan Kelantan dan Pentadbir Tanah Daerah Pasir Mas diperintah membayar ganti rugi berjumlah RM17.46 juta kepada 348 peserta FELCRA Bukit Tandak berhubung pengeluaran tender pembalakan pokok getah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Imigresen serbu resort terbiar jadi pusat sindiket penipuan antarabangsa

Imigresen serbu resort terbiar jadi pusat sindiket penipuan antarabangsa

Sabah jadi tumpuan pendaki dunia, 250 peserta sertai Kinabalu Climbathon edisi ke-33

Sabah jadi tumpuan pendaki dunia, 250 peserta sertai Kinabalu Climbathon edisi ke-33

GRS sasar lebih 15 kerusi Parlimen Sabah pada PRU akan datang

GRS sasar lebih 15 kerusi Parlimen Sabah pada PRU akan datang

Gempa bumi bermagnitud 5.0 dikesan di perairan Sandakan

  • By Fandi
  • October 6, 2026
Gempa bumi bermagnitud 5.0 dikesan di perairan Sandakan

Kerajaan Kelantan, Pentadbir Tanah Pasir Mas diperintah bayar ganti rugi RM17.46 juta

Kerajaan Kelantan, Pentadbir Tanah Pasir Mas diperintah bayar ganti rugi RM17.46 juta

Pahang terbuka untuk jumpa bincang dengan wakil Berjaya Hills

Pahang terbuka untuk jumpa bincang dengan wakil Berjaya Hills