Lelaki maut dalam kemalangan lori di Jalan Telupid-Sandakan

BELURAN – Seorang lelaki maut selepas lori yang dipandunya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori lain di Jalan Telupid-Sandakan, berhampiran Kampung Bauto, di sini, malam Khamis.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Beluran, Edoen Macheal berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian tersebut pada pukul 9.47 malam.

Menurutnya, sepasukan anggota dan pegawai bomba bersama jentera dikerahkan ke lokasi yang terletak kira-kira 70 kilometer dari BBP Beluran.

“Pasukan bomba tiba di lokasi pada pukul 12.30 tengah malam dan mendapati kemalangan melibatkan Lori Nissan Box 10 tan yang bertembung dengan Lori Foton Box tiga tan.

“Seorang mangsa tersepit di dalam kenderaan dan pasukan bomba terus melakukan usaha untuk mengeluarkan mangsa,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Menurutnya, mangsa berjaya dikeluarkan namun disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Kata beliau, mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

“Pasukan bomba menjalankan pemeriksaan akhir bagi memastikan tiada sebarang bahaya lain sebelum operasi selesai sepenuhnya pada pukul 1.34 pagi,” ujarnya.

Related Posts

Pasangan kekasih positif dadah ditahan selepas bergaduh

SARATOK – Sepasang kekasih ditahan polis selepas terbabit dalam pergaduhan di Kampung Gerigat, Kabong, pada Selasa. Kedua-dua suspek masing-masing lelaki tempatan berusia 31 tahun dari Kampung Nyabor dan wanita tempatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Warga emas dilaporkan hilang selepas pergi ke kebun

SIBU – Seorang wanita warga emas berusia 78 tahun dilaporkan hilang dipercayai selepas keluar menuju ke kawasan kebun berhampiran Rumah Philip Kayak, Durin pada petang Rabu. Pusat Gerakan Operasi Jabatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PH cakap rasuah, UMNO jawab soal Raja – AMK

PH cakap rasuah, UMNO jawab soal Raja – AMK

NRES jamin aspek adaptasi tidak diketepikan dalam RUU Perubahan Iklim Negara

NRES jamin aspek adaptasi tidak diketepikan dalam RUU Perubahan Iklim Negara

Pasangan kekasih positif dadah ditahan selepas bergaduh

Pasangan kekasih positif dadah ditahan selepas bergaduh

90 ketua cawangan Kangar tinggalkan Bersatu

90 ketua cawangan Kangar tinggalkan Bersatu

Chelsea pamer karakter pemusnah, kalahkan Leeds 6-3

Chelsea pamer karakter pemusnah, kalahkan Leeds 6-3

Warga emas dilaporkan hilang selepas pergi ke kebun

Warga emas dilaporkan hilang selepas pergi ke kebun