5,026 laman sesawang judi disekat sejak 2022

KUALA LUMPUR – Kerajaan berjaya menyekat lebih 5,000 laman sesawang judi berjaya disekat, manakala lebih 200,000 kandungan perjudian di platform media sosial juga telah diturunkan sejak 2022.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, kerajaan menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) sentiasa proaktif memastikan persekitaran internet di negara ini bebas daripada kandungan dalam talian yang melanggar undang-undang, termasuk perjudian dalam talian.

“Dari tahun 2022 hingga 1 Februari 2025, sebanyak 5,026 laman sesawang judi telah disekat dengan kerjasama penyedia perkhidmatan internet, manakala 224,403 kandungan perjudian di platform media sosial telah diturunkan.

“Daripada jumlah kandungan diturunkan, tiga teratas adalah di platform Facebook iaitu 93.13 peratus, YouTube 3.5 peratus dan Instagram 2.48 peratus,” katanya pada sesi penggulungan Menteri di Dewan Rakyat pada Isnin.

Jelasnya, tindakan penurunan kandungan media sosial dan sekatan laman sesawang ini adalah berdasarkan makluman MCMC yang dibuat berasaskan permohonan rasmi agensi penguatkuasaan serta maklumat dan aduan orang ramai yang diterima oleh MCMC.

“Kesalahan perjudian adalah di bawah peruntukan Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953 [Akta 289] yang dikuatkuasakan oleh PDRM.

“Namun begitu, MCMC di bawah bidang kuasa Akta 588 komited dalam memberikan kerjasama kepada PDRM dari segi penurunan kandungan media sosial, sekatan laman sesawang dan bantuan teknikal seperti pembekalan maklumat dan analisis forensik digital bagi mempercepatkan proses siasatan yang berkaitan dengan kesalahan perjudian dalam talian,” ujarnya.

Related Posts

Naik taraf jalan Sepang dijangka siap pertengahan September

SEPANG – Kerja penyelenggaraan dan penambahbaikan jalan Persekutuan serta jalan negeri di sekitar Sepang dijangka siap pertengahan September ini, menjelang penganjuran Formula 1 (F1) Gulf Air Bahrain Grand Prix 2026…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Muhasabah, akhlak baik kunci umat Islam tampil sebagai teladan – PM

SERDANG – Umat Islam perlu melakukan muhasabah dan memperkukuh sahsiah bagi memastikan Islam terus dipersembahkan melalui akhlak serta teladan yang baik, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim. Perdana Menteri berkata, cara…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Naik taraf jalan Sepang dijangka siap pertengahan September

Naik taraf jalan Sepang dijangka siap pertengahan September

Lelaki miliki enam rekod jenayah lampau ditahan bersama syabu RM500

Lelaki miliki enam rekod jenayah lampau ditahan bersama syabu RM500

Hasbi santuni 27 mangsa kebakaran di Medamit

Hasbi santuni 27 mangsa kebakaran di Medamit

59 kontinjen serikan sambutan Maulidur Rasul di Sibu

59 kontinjen serikan sambutan Maulidur Rasul di Sibu

Hanifah salur bantuan baik pulih 21 rumah terjejas ribut

Hanifah salur bantuan baik pulih 21 rumah terjejas ribut

Pendapatan nelayan Tasik Gubir terjejas akibat air surut

Pendapatan nelayan Tasik Gubir terjejas akibat air surut