Terima kasih PMX iktiraf PETROS agregator gas di Sarawak – Abang Jo

KUCHING –  Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim atas mengiktiraf Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) sebagai agregator gas.

Menurut beliau, penglibatan PETROS dalam industri minyak dan gas merupakan usaha Sarawak untuk terus bergerak maju dalam ekonomi.

“PETROS dan Petronas akan terus bekerjasama dan apa yang patut kita kongsikan, kita akan kongsikan,” kata beliau.

Selain itu, beliau juga turut berterima kasih kepada Perdana Menteri kerana memperakui aspirasi Sarawak untuk menceburi dalam industri minyak dan gas di negeri ini.

“PETROS adalah pengumpul gas di Sarawak dan Ordinan Pengagihan Gas 2016 adalah undang-undang membolehkan Sarawak aktif untuk menyertai industri minyak dan gas,” jelas beliau lagi.

Abang Johari berkata, kerajaan Sarawak di bawah kepemimpinan Gabungan Parti Sarawak (GPS) untuk terus mempertahankan hak dan perlindungan yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Negeri serta di bawah Perjanjian Malaysia 1963.

”Sarawak akan memastikan pelaksanaan undang-undang oleh kerajaan Persekutuan di bawah item 8 (j) Senarai I (Senarai Persekutuan) dalam Jadual Sembilan Perlembagaan Persekutuan berkenaan pembangunan mineral, perlombongan, minyak dan lapangan minyak adalah tertakluk kepada Item 2(c) Senarai II (Senarai Negeri) yang memberi kuasa kepada Sarawak berkenaan lesen prospekting, pajakan perlombongan dan sijil,” jelas beliau lagi.

Related Posts

Big Sabah Car Show 2026 berpotensi jadi tarikan utama pelancongan Sabah

KOTA KINABALU – Penganjuran The Big Sabah Car Show 2026 berpotensi menjadi antara acara pelancongan utama Sabah menjelang Tahun Melawat Sabah 2027 (Visit Sabah 2027), sekali gus merancakkan ekonomi tempatan.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penduduk rayu campur tangan Sultan Pahang isu tanah Chemomoi

BENTONG – Seramai 300 pengusaha ladang kelapa sawit di kawasan Hutan Simpan Kemasul Tambahan 2, berhampiran FELDA Chemomoi, di sini, merayu campur tangan Sultan Pahang, Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Big Sabah Car Show 2026 berpotensi jadi tarikan utama pelancongan Sabah

Big Sabah Car Show 2026 berpotensi jadi tarikan utama pelancongan  Sabah

Penduduk rayu campur tangan Sultan Pahang isu tanah Chemomoi

Penduduk rayu campur tangan Sultan Pahang isu tanah Chemomoi

Teknologi AI mampu perkasa pembangunan bakat muda bola sepak Sabah – Masidi

  • By Ithma
  • October 14, 2026
Teknologi AI mampu perkasa pembangunan bakat muda bola sepak Sabah – Masidi

Raja-Raja Melayu tegaskan pertikaian takhta Negeri Sembilan bukan bahan politik

Raja-Raja Melayu tegaskan pertikaian takhta Negeri Sembilan bukan bahan politik

Tuanku Muhriz zahirkan Azrin Khairi Undang Luak Jelebu ke-17

Tuanku Muhriz zahirkan Azrin Khairi Undang Luak Jelebu ke-17

Polis siasat insiden pelancong Itali dibaling batu

Polis siasat insiden pelancong Itali dibaling batu