IKS Mart Sandakan dilancarkan, tawar pengalaman berbeza

SANDAKAN – Pusat Produk Industri Kecil dan Sederhana (IKS) Mart Sandakan menawarkan pengalaman berbeza dengan konsep yang melangkaui ruang runcit biasa.

Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Sabah, Datuk Phoong Jin Zhe berkata pelancaran kedai IKS Mart ke-13 di Sabah itu bertujuan untuk mempromosikan produk tempatan dan menyokong Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di seluruh negeri.

Katanya, pelancaran ini dilakukan melalui Jabatan Pembangunan Perindustrian dan Penyelidikan (DIDR) dengan objektif memperluaskan pasaran bagi produk tempatan Sabah.

“Selain mempamerkan produk tempatan Sabah, ia juga menyediakan restoran yang menyajikan hidangan tempatan, tapak perkhemahan untuk peminat luar serta jenama kopi eksklusif keluaran tempatan Sabah membolehkan pengunjung menikmati kopi asli dari negeri ini.

“Lokasi strategik IKS Mart yang terletak di tengah-tengah ‘Skate Park’ Sandakan, turut memfokuskan kepada menarik generasi muda untuk melibatkan diri dalam perniagaan tempatan,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Selasa.

Phoong berharap inisiatif ini dapat menjadikan produk tempatan lebih mudah diakses dan lebih menarik kepada golongan muda.

“Saya komited untuk memacu pertumbuhan ekonomi dan pembangunan di Sandakan.

“Selain menarik pelaburan, saya juga berdedikasi untuk memperkasakan usahawan tempatan dengan menyediakan sokongan, sumber dan peluang yang diperlukan bagi mereka berkembang,” katanya

Dalam pada itu, Phoong turut menyerahkan geran bantuan pembungkusan kepada enam usahawan Sandakan di bawah program TRUS-MIDE 2024.

Katanya, program ini bertujuan untuk memperbaiki pembungkusan produk dan meningkatkan daya saing produk tempatan.

“Dengan menggabungkan unsur perniagaan, masa lapang dan makanan dalam satu ruang yang meriah, IKS Mart Sandakan dijangka memainkan peranan penting dalam memacu pertumbuhan dan inovasi bagi PKS Sabah sekali gus memberi impak positif kepada ekonomi tempatan,” ujarnya.

Related Posts

MyCC perluas kerjasama antarabangsa menerusi MoU dengan HKCC

KOTA KINABALU – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) melalui Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) komited memperluas kerjasama antarabangsa dalam pengukuhan dasar dan kerangka perundangan persaingan serta aspek…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tujuh jalan utama di Kuching ditutup berperingkat sempena Harmony Walk 2026

KUCHING – Tujuh jalan utama di sekitar bandar raya ini akan ditutup secara berperingkat pada Sabtu ini bagi memberi laluan kepada Program Islamic Information Centre Cares@Peace: Harmony Walk 2026.   Ketua…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MyCC perluas kerjasama antarabangsa menerusi MoU dengan HKCC

  • By Ithma
  • August 13, 2026
MyCC perluas kerjasama antarabangsa menerusi MoU dengan HKCC

Tujuh jalan utama di Kuching ditutup berperingkat sempena Harmony Walk 2026

Tujuh jalan utama di Kuching ditutup berperingkat sempena Harmony Walk 2026

KPM bincang pelaksanaan polisi perlindungan murid bersama pemegang taruh

KPM bincang pelaksanaan polisi perlindungan murid bersama pemegang taruh

DAP Perak teguh pendirian, kekal dalam Kerajaan Perpaduan

DAP Perak teguh pendirian, kekal dalam Kerajaan Perpaduan

Edar 480.60 gram dadah, suami isteri dihadapkan ke mahkamah

Edar 480.60 gram dadah, suami isteri dihadapkan ke mahkamah

Pahang sedia RM916,000 melalui geran usahawan STeP

Pahang sedia RM916,000 melalui geran usahawan STeP