Pengguna jalan raya maut ketika bantu mangsa kemalangan

KUANTAN – Niat seorang pengguna jalan raya cuba membantu mangsa kemalangan bertukar tragedi apabila maut dirempuh kereta yang hilang kawalan di Kilometer 69.2, Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK), di sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong menerima panggilan memaklumkan kemalangan yang berlaku itu.

“Pada mulanya beberapa kenderaan yang lalu di kawasan itu berhenti bagi membantu kereta yang terbabas ke dalam longkang.

“Semasa pengguna jalan raya membantu mengawal lalu-lintas, sebuah kereta hilang kawalan dan merempuh dua mangsa di tempat kejadian,” katanya.

Katanya, akibat kemalangan itu, empat mangsa dihantar ke Hospital Bentong untuk menerima rawatan.

“Seorang daripada mereka dikenali sebagai Tan Wing Foo, 47, meninggal dunia semasa menerima rawatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Polis memohon kerjasama pihak yang menyaksikan kejadian tampil membantu siasatan,” katanya.

Related Posts

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

KUALA PERLIS – Lapan pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar ditinggalkan di dalam sebuah sampan selepas dua lelaki dipercayai tekong dan awak-awak terjun ke kawasan berlumpur sebelum melarikan diri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

SEREMBAN – Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim menafikan sekeras-kerasnya dakwaan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi terbabit dalam sebarang usaha untuk menjatuhkan Yang di-Pertuan Besar Negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar

Helikopter perkhidmatan doktor udara terhempas di Long Lellang, nasib lima mangsa belum diketahui

Helikopter perkhidmatan doktor udara terhempas di Long Lellang, nasib lima mangsa belum diketahui

11 kru Indonesia ditahan, vesel pukat jerut langgar syarat lesen

11 kru Indonesia ditahan, vesel pukat jerut langgar syarat lesen