Hospital di Gaza diancam kekurangan bekalan oksigen

GAZA – Beberapa hospital di seluruh Semenanjung Gaza berdepan dengan krisis kekurangan oksigen kritikal selepas rejim Israel bertindak membakar dan memusnahkan stesen penjanaan oksigen utama, menurut pihak berkuasa kesihatan tempatan.

Kemusnahan itu memberi kesan besar kepada beberapa fasiliti perubatan utama, termasuk Kompleks Perubatan Al-Shifa, Hospital Al-Rantisi, Hospital Al-Durra, Hospital Indonesia, Kompleks Perubatan Al-Nasr, dan Klinik Sheikh Radwan.

“Banyak hospital tidak dapat memenuhi keperluan oksigen mereka,” kata Kementerian Kesihatan Gaza dalam satu kenyataan pada Ahad.

Selain itu, sumber WAFA melaporkan bahawa 10 stesen yang dimusnahkan itu merupakan kemudahan penting untuk membekalkan oksigen kepada unit kritikal di hospital, seperti bilik pembedahan, unit rawatan rapi (ICU), wad kecemasan, dan inkubator bayi pramatang.

Stesen-stesen itu juga menyediakan oksigen kepada pesakit yang menerima rawatan di rumah.

Keadaan dijangka bertambah buruk kerana pihak berkuasa Israel terus menghalang kemasukan stesen oksigen baharu ke Gaza, sekali gus mengancam nyawa pesakit.

Kementerian itu turut memberi amaran bahawa keengganan Israel membenarkan akses kepada penjana oksigen di Gaza akan memburukkan lagi krisis ke tahap yang mengancam nyawa pesakit.

Tentera Israel secara sistematik telah menyasarkan hospital, sekolah, dan tempat perlindungan sepanjang serangan mereka yang memusnahkan Gaza.

Menurut angka yang dikeluarkan oleh pejabat media kerajaan Gaza, 34 daripada 38 hospital di Gaza telah dimusnahkan oleh tentera Israel sejak 7 Oktober 2023.

Empat hospital lain masih beroperasi tetapi dengan kapasiti terhad akibat kekurangan ubat-ubatan dan peralatan perubatan yang teruk.

Pihak berkuasa Palestin juga melaporkan bahawa 80 pusat kesihatan terpaksa menghentikan perkhidmatan, manakala 162 pusat kesihatan lain serta 136 ambulans telah dimusnahkan dalam serangan Israel.

Sejak 7 Oktober 2023, Israel telah melancarkan perang dahsyat ke atas Gaza, mengakibatkan 48,271 rakyat Palestin terbunuh – kebanyakannya wanita dan kanak-kanak – serta mencederakan 111,693 yang lain, menurut angka terkini.

Angka korban dijangka terus meningkat kerana ramai mangsa masih terperangkap di bawah runtuhan bangunan, dengan pasukan penyelamat tidak dapat mencapainya akibat pertempuran yang berterusan.

Selain kehilangan nyawa yang besar, perang ini telah menyebabkan kehancuran hampir keseluruhan sistem kesihatan dan pendidikan di Gaza, selain pemusnahan rumah, infrastruktur, serta kemudahan perubatan. Krisis kemanusiaan yang sudah parah semakin meruncing akibat kekurangan ubat-ubatan dan peralatan perubatan yang teruk.

  • Related Posts

    Lebih 150 orang awam maut akibat operasi tentera AS di Yaman

    WASHINGTON – Operasi ketenteraan Amerika Syarikat (AS) mengorbankan 153 orang awam dan mencederakan 243 yang lain sepanjang 2025, menurut seorang pegawai AS, yang memetik penilaian Pentagon. Jumlah itu meningkat ketara…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca
    Lebih 100,000 hektar hutan Indonesia terbakar, risiko jerebu rentas sempadan

    JAKARTA – Lebih 107,000 hektar kawasan hutan dan tanah di seluruh Indonesia terjejas akibat kebakaran setakat Isnin, dengan kerajaan meningkatkan usaha bagi mengelakkan jerebu rentas sempadan menjejaskan negara jiran. Menteri…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca

    Perlu dibaca

    Cukup berkompromi, kini masa pacu reformasi – AMK

    Cukup berkompromi, kini masa pacu reformasi – AMK

    Pemandu, penumpang rentung kemalangan kereta, lori tangki

    Pemandu, penumpang rentung kemalangan kereta, lori tangki

    Prestasi luar jangka KDNK 6.0 peratus bukti reformasi ekonomi berkesan

    Prestasi luar jangka KDNK 6.0 peratus bukti reformasi ekonomi berkesan

    Teliti bantuan khas, skim sokongan guru luar bandar dan pulau

    • By Fatin
    • August 14, 2026
    Teliti bantuan khas, skim sokongan guru luar bandar dan pulau

    300 pelajar Pahang ke luar negara terima RM1,000

    300 pelajar Pahang ke luar negara terima RM1,000

    RCI Tabung Haji: Segerakan pendakwaan jika bukti cukup – Haniff

    RCI Tabung Haji: Segerakan pendakwaan jika bukti cukup – Haniff