MARDI, UPSI bakal rangka MoU perkukuh penyelidikan hasil tanah di Muallim

TANJUNG MALIM – Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) dan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) bakal merangka satu Memorandum Persefahaman (MoU) dalam mengukuhkan penyelidikan hasil tanah dan tanaman di UPSI, khususnya di daerah Muallim, pada masa hadapan.

Menurut Ketua Pengarah MARDI, Datuk Dr. Mohamad Zabawi Abdul Ghani, melalui kolaborasi ini, ia dapat memanfaatkan kepakaran kedua-dua institusi dalam membangunkan penyelidikan yang berimpak tinggi untuk sektor pertanian negara.

Tambahnya, MARDI turut akan menyumbangkan lebih banyak benih dan pokok buah-buahan tempatan, khususnya durian daripada pelbagai varieties, yang boleh ditanam di kawasan kampus institusi pendidikan berkenaan.

“Kerjasama antara MARDI dan UPSI yang terjalin sejak tiga tahun lalu dijangka terus diperluaskan dengan perlaksanaan pelbagai program berimpak tinggi.

“Melalui kolaborasi ini, kita juga dapat memanfaatkan kepakaran kedua-dua institusi yang akan memberi manfaat kepada sektor pertanian serta masyarakat secara keseluruhannya,”jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat (CSR) sempena Program Transformasi Minda (PTM) MARDI 2025 di UPSI Adventure Park (UAP) Pusat Kokurikulum di Kampus Sultan Azlan Shah, UPSI, di sini.

Kedua-dua institusi turut melaksanakan penanaman 35 anak pokok buah-buahan pelbagai di kampus institusi pendidikan itu.

Antara anak pokok tersebut adalah durian, rambutan, limau bali dan kedondong.

Program PTM yang berlangsung selama tujuh hari menyaksikan penglibatan 110 pegawai yang bukan sahaja diberi peluang untuk memahami asas perkhidmatan awam, malah turut terbabit dengan aktiviti komuniti setempat.

Semantara itu, Naib Censelor UPSI, Profesor Datuk Dr. Md Amin Md Taff, berkata, program tersebut adalah inisiatif yang bukan sahaja menyokong kelestarian alam sekitar, malah memberi manfaat kepada pelajar, khususnya dalam bidang pertanian dan hortikultur.

Ujarnya, usaha itu juga dapat membantu universiti dalam memperkukuhkan elemen pembelajaran berasaskan pengalaman dan amalan hijau di kampus.

Tambah beliau, pihaknya turut berharap agar inisiatif seumpama ini dapat diperluaskan termasuk dengan penambahan jenis tanaman serta program pemantauan.

“UPSI amat mengalu-alukan kerjasama seperti ini kerana ia bukan sahaja memberi manfaat kepada pelajar tetapi juga kepada keseluruhan ekosistem kampus.

“Semoga jalinan kerjasama ini terus diperkasakan dalam bidang penyelidikan dan inovasi pertanian, demi masa depan yang lebih lestari,”kata Dr. Md Amin.

Related Posts

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak

IPOH – Sebanyak RM80,000 diperuntukkan bagi melaksanakan tujuh projek menerusi Program Pembolehdayaan Modal Insan dan Pembelajaran Sepanjang Hayat Perak Sejahtera 2030 Tahun 2026, dalam usaha memperkasa komuniti Orang Kurang Upaya…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lima anak Perak ke Kazakhstan, timba ilmu agroekonomi bertaraf antarabangsa

IPOH – Lima anak Perak bakal membawa nama negeri ke persada antarabangsa apabila terpilih mengikuti Program Ijazah Dual Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA)–Kazakh National Agrarian Research University (KazNARU) selama…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Harimau Malaya tumbang 0-2 di tangan Vietnam

Harimau Malaya tumbang 0-2 di tangan Vietnam

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

Akar umbi yakin PKR terus perkukuh demokrasi, kepemimpinan parti

Akar umbi yakin PKR terus perkukuh demokrasi, kepemimpinan parti

AUKU langkah ke hadapan, kemenangan besar mahasiswa – Taufiq Johari

AUKU langkah ke hadapan, kemenangan besar mahasiswa – Taufiq Johari

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak