Extreme Base Jump Kuantan 188 jadi acara tahunan

KUANTAN – Kerajaan Pahang melalui Tourism Pahang akan menjadikan Kuantan 188 Base Jump Extreme Challenge yang bertaraf antarabangsa sebagai acara tahunan dalam kalendar pelancongan Pahang.

Exco Perpaduan, Pelancongan dan Kebudayaan Pahang, Leong Yu Man, berkata acara itu bukan sahaja mengharumkan nama Kuantan, malah boleh menjadi destinasi sukan ekstrem utama di negara ini.

Katanya, penganjuran acara itu akan memperkenalkan lagi Kuantan 188 sebagai pusat sukan ekstrem bertaraf dunia dengan penyertaan penerjun antarabangsa.

“Acara ini bukan sekadar memberikan cabaran ekstrem kepada penerjun, malah ia turut mempromosikan Kuantan 188, khususnya Kuantan sebagai destinasi pelancongan.

“Pada masa sama, Kuantan 188 iaitu menara kedua tertinggi di Malaysia dan tertinggi di Pantai Timur akan menjadi pilihan pelancong dari luar negara,” katanya pada sidang media Kuantan 188 Base Jump Extreme Challenge 2025, di sini hari ini.

Seramai 36 penerjun elit dari 13 negara, termasuk Malaysia, Finland, Indonesia, Filipina, Rusia, Singapura, Sweden, Thailand, United Kingdom, Amerika Syarikat, India dan Perancis mengambil bahagian dalam acara berlangsung selama lima hari, yang berakhir Isnin ini.

Related Posts

Kerajaan Perak arah semakan menyeluruh operasi kuari Kuala Kangsar

IPOH – Kerajaan Perak mengarahkan semakan menyeluruh terhadap operasi sebuah kuari batu kapur di Mukim Kampung Buaya, Kuala Kangsar yang tular di media sosial, baru-baru ini. Menteri Besar Perak, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerja baik pulih paip bocor, seluruh daerah Matu dan Daro alami gangguan air

MUKAH – Penduduk di seluruh daerah Matu dan Kampung Nangar Besar, Daro dinasihatkan untuk menyimpan bekalan air secukupnya berikutan pelaksanaan kerja baik pulih paip utama yang bermula pada Ahad. Jabatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan Perak arah semakan menyeluruh operasi kuari Kuala Kangsar

Kerajaan Perak arah semakan menyeluruh operasi kuari Kuala Kangsar

Tiada larangan, Sanusi boleh terus berkempen di Negeri Sembilan – Samsuri

Tiada larangan, Sanusi boleh terus berkempen di Negeri Sembilan – Samsuri

Kerja baik pulih paip bocor, seluruh daerah Matu dan Daro alami gangguan air

Kerja baik pulih paip bocor, seluruh daerah Matu dan Daro alami gangguan air

Lelaki ditahan, disyaki serang, ugut penguatkuasa MBI

Lelaki ditahan, disyaki serang, ugut penguatkuasa MBI

Anthony jadi Menteri Besar, kenyataan Asyraf Wajdi bercanggah Undang-Undang Tubuh Negeri

Anthony jadi Menteri Besar, kenyataan Asyraf Wajdi bercanggah Undang-Undang Tubuh Negeri

Kenyataan Sanusi bukti Pas gemar tunggang politik pecah belah

Kenyataan Sanusi bukti Pas gemar tunggang politik pecah belah