192,857 individu terlibat penagihan dadah, Kelantan tertinggi

PADANG SERAI – Isu penyalahgunaan dadah di negara ini semakin membimbangkan dengan trend menaik setiap tahun sejak 2022, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Beliau berkata, pada 2022 sebanyak 137,176 individu direkodkan terlibat dalam penyalahgunaan dadah, 145,526 individu pada 2023 manakala 192,857 pada tahun lepas.

“Sebanyak 61 peratus daripada jumlah penagih pula berusia lingkungan 15 hingga 39 tahun… data ini dikumpulkan daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Kesihatan (KKM), Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) serta 55 pusat pemulihan swasta,” katanya.

Beliau berkata kepada pemberita selepas merasmikan Program AADK Bersama Masyarakat dan Peluncuran Kalendar Hari Antidadah 2025 di Kolej Tingkatan Enam Kulim dekat sini hari ini, yang turut dihadiri Ketua Pengarah AADK, Datuk Ruslin Jusoh.

Saifuddin Nasution berkata, Kelantan berada dalam senarai teratas kadar penyalahgunaan dadah tertinggi, berdasarkan nisbah per 100,000 penduduk diikuti Terengganu, Perlis dan Kedah.

“Pendang, Kedah pula menjadi daerah yang mencatatkan kes penyalahgunaan dadah tertinggi diikuti Kuala Krai dan Bachok di Kelantan,” katanya.

Saifuddin Nasution berkata, Methamphetamine atau syabu dan amphetamine-type stimulants (ATS) merupakan dadah paling banyak disalahgunakan, yang didapati meningkat 34.4 peratus.

“Dadah jenis ganja pula meningkat 63.4 peratus dengan 7,121 kes direkodkan… trend ini menunjukkan ancaman serius dadah sintetik dan konvensional,” katanya.

Beliau berkata, beberapa langkah penguatkuasaan bagi mengekang penyeludupan dadah telah dijalankan termasuk pengukuhan kawalan sempadan seperti di Sungai Golok, Kelantan.

Dalam perkembangan lain, Saifuddin Nasution berkata, Jabatan Penjara telah menetapkan tarikh bagi pegawai Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) menyoal siasat seorang banduan berhubung kes kematian seorang tahanan Penjara Taiping bulan lepas yang dipercayai akibat dipukul.

Jabatan Penjara katanya, memberi kerjasama penuh dalam menjalankan siasatan kes itu namun ia perlu dilakukan secara berperingkat.

Related Posts

Proklamasi 19 April tidak sah, MB dan MMK tiada kuasa kosongkan jawatan YDPB – AGC

PUTRAJAYA – Jabatan Peguam Negara (AGC) berpandangan Proklamasi mengenai kedudukan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir bertarikh 19 April 2026 adalah tidak sah kerana tidak mematuhi kehendak…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan perluas subsidi elektrik, lindungi penggunaan hingga 800 kWj – PM Anwar

KUALA LUMPUR – Pengguna domestik yang menggunakan elektrik sehingga 800 kilowatt-jam (kWj) sebulan kini mendapat perlindungan subsidi bil elektrik, susulan keputusan Kerajaan MADANI memperluas had berkenaan daripada 600 kWj. Perdana…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Proklamasi 19 April tidak sah, MB dan MMK tiada kuasa kosongkan jawatan YDPB – AGC

Proklamasi 19 April tidak sah, MB dan MMK tiada kuasa kosongkan jawatan YDPB – AGC

Hujan berterusan jejas kerja pembaikan, landasan KKIA masih ditutup

  • By Ezmie
  • September 17, 2026
Hujan berterusan jejas kerja pembaikan, landasan KKIA masih ditutup

Kerajaan perluas subsidi elektrik, lindungi penggunaan hingga 800 kWj – PM Anwar

Kerajaan perluas subsidi elektrik, lindungi penggunaan hingga 800 kWj – PM Anwar

Galeri Polis Sabah dibuka kepada awam

Galeri Polis Sabah dibuka kepada awam

Hari Malaysia wadah perbaharui kebersamaan rakyat

Hari Malaysia wadah perbaharui kebersamaan rakyat

Hanya berani cakap, tidak berani buat – AMK

Hanya berani cakap, tidak berani buat – AMK