Harga lantai padi: 33 bulan memerintah tiada hasil, kini menghasut rakyat

PEMBANGKANG hanya pandai memanaskan keadaan dengan menghasut rakyat mengenai isu kenaikan harga lantai belian padi tetapi tidak melaksanakannya ketika memerintah 33 bulan dahulu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tanpa sebarang tindakan Perikatan Nasional (PN) tiada sebarang inisiatif untuk menyelesai dan membela nasib golongan pesawah.

“Cakap banyak tu, kadang-kadang dia dah jadi pemimpin dulu. Ada yang banyak kaya raya. Tapi pergi duk hasut kata, belum buat, belum buat (isu kenaikan harga lantai padi).

“Selalu saya tanya. Belum buat, betul belum buat. Tapi masa kamu perintah, kamu buat apa? Selalu saya tanya.

“Pasal pesawah padi, di Kedah dan Kelantan banyak miskin jadi dia marah kerajaan. Ada yang tunjuk perasaan marah.

“Tapi masa dia perintah 33 bulan, dia tak buat apa. Satu ringgit pun tak naik. Masa kita 2024, (harga lantai padi) naik.

“Beberapa hari lalu Datuk Seri Mohamad Sabu iaitu Menteri Pertanian naikkan lagi. Jadi RM1,300 kepada RM1,500,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya ketika merasmikan Majlis Pecah Tanah Projek Program Residensi Rakyat Harmoni Madani Bestari Jaya, pada Sabtu.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, Kerajaan Madani dan terutamanya Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan di bawah Datuk Seri Mohamad Sabu berusaha sehabis baik untuk membela nasib rakyat ketika memegang tampuk pemerintahan negara.

Pada Khamis, kerajaan bersetuju menyelaraskan harga lantai padi kepada RM1,500 satu tan berbanding RM1,300 satu tan sebelum ini, berkuat kuasa Ahad ini.

Mohamad berkata, perkara itu diputuskan setelah mengambil kira kenaikan kos upah dan kos input pertanian seperti baja, racun dan lain-lain serta impak kepada kos pengeluaran beras.

Related Posts

Proklamasi 19 April tidak sah, MB dan MMK tiada kuasa kosongkan jawatan YDPB – AGC

PUTRAJAYA – Jabatan Peguam Negara (AGC) berpandangan Proklamasi mengenai kedudukan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir bertarikh 19 April 2026 adalah tidak sah kerana tidak mematuhi kehendak…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan perluas subsidi elektrik, lindungi penggunaan hingga 800 kWj – PM Anwar

KUALA LUMPUR – Pengguna domestik yang menggunakan elektrik sehingga 800 kilowatt-jam (kWj) sebulan kini mendapat perlindungan subsidi bil elektrik, susulan keputusan Kerajaan MADANI memperluas had berkenaan daripada 600 kWj. Perdana…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Proklamasi 19 April tidak sah, MB dan MMK tiada kuasa kosongkan jawatan YDPB – AGC

Proklamasi 19 April tidak sah, MB dan MMK tiada kuasa kosongkan jawatan YDPB – AGC

Hujan berterusan jejas kerja pembaikan, landasan KKIA masih ditutup

  • By Ezmie
  • September 17, 2026
Hujan berterusan jejas kerja pembaikan, landasan KKIA masih ditutup

Kerajaan perluas subsidi elektrik, lindungi penggunaan hingga 800 kWj – PM Anwar

Kerajaan perluas subsidi elektrik, lindungi penggunaan hingga 800 kWj – PM Anwar

Galeri Polis Sabah dibuka kepada awam

Galeri Polis Sabah dibuka kepada awam

Hari Malaysia wadah perbaharui kebersamaan rakyat

Hari Malaysia wadah perbaharui kebersamaan rakyat

Hanya berani cakap, tidak berani buat – AMK

Hanya berani cakap, tidak berani buat – AMK