Jawapan Sanusi angkuh, umpama kata-kata Firaun kepada Nabi Musa – Saifuddin

SUNGAI PETANI – Ketua Setiausaha Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menempelak Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor yang menyatakan PH dan Barisan Nasional (BN) perlu menunggu sehingga hari kiamat untuk memerintah Kedah.

Saifuddin yang juga Pengerusi PH Kedah berkata, reaksi seperti diucapkan Menteri Besar Kedah itu sudah tercatat dalam al-Quran bahawa ianya bersifat angkuh.

“Dia nak jawab politik ‘tunggulah sampai hari kiamat’ terpulang. Dalam al-Quran cerita dah reaksi macam itu namanya angkuh, sombong dan bongkak. Itulah (seperti) kalimah Firaun kepada Nabi Musa ‘hang siapa nak lawan aku, pengikut hang ramai atau sikit’. Pengikut Nabi Musa sikit, pengikut Firaun ramai.

“Firaun sampai tahap tak takut mati, demam pun tidak, selesema pun tidak, tiba-tiba Nabi Musa nak rampas kuasa dia, hang siapa? Sampai begitu kekuatannya sampai dia mengaku tuhan,” katanya ketika menyampaikan ucaptama pada Konvensyen Perpaduan Negeri Kedah di sini, hari ini.

Kelmarin, Sanusi ketika menjawab kenyataan Saifuddin bahawa PH dan BN sebagai ‘kerajaan menanti’ di Kedah berkata, mana-mana gabungan parti boleh memasang cita-cita untuk mentadbir negeri ini namun ia tetap berpaksi kepada sistem demokrasi politik iaitu undian rakyat dalam pilihan raya.

“Nantilah sampai kiamat, selamat menanti. Sesiapa pun boleh memasang cita-cita, siapa yang belum dapat (jadi kerajaan negeri) dia kata, dia kerajaan menantilah. Siapa yang terlepas nak kata apa? Kerajaan yang hilang,” ujar Sanusi.

Tambah Saifuddin, jentera PH dan BN tidak perlu gundah gulana dengan politik angkuh seperti itu sebaliknya perlu menetapkan matlamat, mempersiapkan kekuatan dan fokus kepada gerak kerja.

“Keangkuhan itu selalunya penamatnya adalah kebinasaan dan kehancuran serta kejatuhan, percayalah,” ujarnya.

Sementara itu, beliau berkata, kemenangan PH dan BN pada pilihan raya seterusnya di Kedah bukan sahaja membuka peluang mengambil alih pentadbiran negeri itu daripada Perikatan Nasional (PN).

Malah katanya, sumbangan kerusi Parlimen di negeri itu juga boleh mengukuhkan lagi Kerajaan Perpaduan di peringkat Persekutuan pada penggal berikutnya.

Related Posts

Proklamasi 19 April tidak sah, MB dan MMK tiada kuasa kosongkan jawatan YDPB – AGC

PUTRAJAYA – Jabatan Peguam Negara (AGC) berpandangan Proklamasi mengenai kedudukan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir bertarikh 19 April 2026 adalah tidak sah kerana tidak mematuhi kehendak…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan perluas subsidi elektrik, lindungi penggunaan hingga 800 kWj – PM Anwar

KUALA LUMPUR – Pengguna domestik yang menggunakan elektrik sehingga 800 kilowatt-jam (kWj) sebulan kini mendapat perlindungan subsidi bil elektrik, susulan keputusan Kerajaan MADANI memperluas had berkenaan daripada 600 kWj. Perdana…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Proklamasi 19 April tidak sah, MB dan MMK tiada kuasa kosongkan jawatan YDPB – AGC

Proklamasi 19 April tidak sah, MB dan MMK tiada kuasa kosongkan jawatan YDPB – AGC

Hujan berterusan jejas kerja pembaikan, landasan KKIA masih ditutup

  • By Ezmie
  • September 17, 2026
Hujan berterusan jejas kerja pembaikan, landasan KKIA masih ditutup

Kerajaan perluas subsidi elektrik, lindungi penggunaan hingga 800 kWj – PM Anwar

Kerajaan perluas subsidi elektrik, lindungi penggunaan hingga 800 kWj – PM Anwar

Galeri Polis Sabah dibuka kepada awam

Galeri Polis Sabah dibuka kepada awam

Hari Malaysia wadah perbaharui kebersamaan rakyat

Hari Malaysia wadah perbaharui kebersamaan rakyat

Hanya berani cakap, tidak berani buat – AMK

Hanya berani cakap, tidak berani buat – AMK