Kerajaan lihat ada keperluan pinda akta perlindungan pemberi maklumat

PUTRAJAYA – Kerajaan melihat ada keperluan untuk meminda Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 memandangkan terdapat beberapa percanggahan dengan akta lain yang perlu diharmonikan dan ditambah baik.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil bagaimanapun berkata, akta dan undang-undang sedia ada ketika ini masih lagi terpakai selagi mana ia belum dipinda.

“Jadi baru-baru ini juga memang ada dibincangkan dan Menteri Undang-Undang ada memberi jawapan dan sebenarnya minggu lalu ada dibawa satu memorandum Jemaah Menteri untuk membuat keputusan dasar mengenai cadangan pindaan kepada Akta Perlindungan Pemberi Maklumat.

“Oleh kerana ia adalah di peringkat dasar maka ada beberapa perkara yang saya minta boleh rujuk dengan Menteri Undang-Undang tapi memang pada waktu ini pada satu-satu ketika agensi ataupun badan penguatkuasaan perlu bersikap profesional berlandaskan undang-undang sedia ada,” katanya pada sidang media pasca Kabinet pada Jumaat.

Terdahulu Perdana Menteri dalam satu kenyataan, mempertahankan peruntukan sedia ada yang membatalkan perlindungan jika pemberi maklumat menghubungi pihak media terlebih dahulu.

Menteri Undang-Undang, Azalina Othman Said, turut mengesahkan kerajaan tidak bercadang untuk meminda peruntukan tersebut, sekali gus dilihat bertentangan dengan janji manifesto PH pada PRU15.

Dalam perkembangan lain, Fahmi turut mengulas mengenai perkembangan GDP (Growth Domestic Product) Malaysia, pertumbuhan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) negara melangkaui jangkaan.

“Perdana Menteri ada menyatakan bahawa pertumbuhan KDNK yang telah diumumkan oleh Bank Negara Malaysia itu melangkaui lebih daripada apa yang kita jangkakan, yang mana 5.1 peratus bagi keseluruhan tahun 2024 adalah satu petanda yang positif.

“Masa yang sama, kita semua sedia maklum keadaan geopolitik pada waktu ini masih memerlukan kita untuk meneliti apa yang sedang berlaku, keputusan-keputusan yang dibuat di beberapa negara yang merupakan rakan dagang ataupun berpotensi untuk menjadi rakan dagang.

“Sudah pasti di beberapa kementerian termasuk MITI dan juga Kementerian Ekonomi, mereka faham fasih tentang perkara ini dan beberapa perancangan kita mengambil kira aspek-aspek seperti isu tarif perdagangan antara lain,” katanya.

Jelasnya, beberapa aspek masih menjadi keutamaan bagi Malaysia sebagai sebuah negara perdagangan termasuk sektor semikonduktor.

“Pada waktu ini belum lagi ada apa-apa petanda yang menunjukkan pengumuman pelaburan daripada sektor teknologi ataupun ‘Big Tech’.

“Pada waktu ini tidak nampak ia akan berkurangan dan kita lihat ada mungkin beberapa petanda yang positif kerana di pihak kerajaan yang penting bukan hanya kestabilan politik tapi juga kestabilan dasar,” ujarnya.

Related Posts

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

KOTA KINABALU – Sabah menjadi tuan rumah Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu, pada 11 September 2026.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

KOTA KINABALU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Kota Kinabalu petang ini untuk memulakan lawatan kerja selama dua hari ke Sabah. Ketibaan Perdana Menteri di Terminal 2,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

  • By Ithma
  • September 10, 2026
Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula