PETROS beri jaminan tiada kenaikan harga tong gas

KUCHING – Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) memberi jaminan tiada kenaikan harga tong silinder gas petroleum cecair (LPG) walau berlaku gangguan operasi.

Menerusi kenyataan rasmi PETROS, pihaknya sedar terdapat dakwaan di media sosial mengatakan harga tong gas naik berikutan berlaku gangguan akibat banjir di Bintulu baru-baru ini.

“Bagi memastikan bekalan LPG berterusan untuk pelanggan di utara Sarawak, PETROS mengaktifkan pelan kelangsungan perniagaan dengan mendapat sumber LPG dari Kuching dan Teluk Sepanggar di Sabah.

Selain itu, PETROS juga menubuhkan depot tambahan untuk tujuan penyimpanan di Miri.

“PETROS juga berkerjasama dengan aktif dengan pihak berkuasa yang berkaitan, rakan logistik dan pengedar tempatan untuk mempercepat proses pengisian semula dan penghantaran bagi membolehkan situasi itu diselesaikan dengan cepat dan selamat.

PETROS juga menasihatkan pelanggan melaporkan mana-mana pihak yang cuba mengenakan caj tambahan dengan menghubungi bahagian Khidmat Pelanggan Petros di talian 1300-88-2122 untuk tindakan segera.

“Kami meminta kepada orang ramai agar tidak menyebar berita palsu dan sebaliknya beli mengikut keperluan masing-masing.

Sebelum ini, tular di media sosial yang mendakwa kos pengangkutan tambahan dikenakan ke atas pelanggan.

Bagaimanapun, PETROS menyatakan semua kos pengangkutan ditanggung sepenuh oleh syarikat tersebut untuk menggelak kenaikan harga LPG. 

Related Posts

Warga emas tinggal sehelai sepinggang lepas kediaman terbakar

KUANTAN – Seorang warga emas tinggal sehelai sepinggang selepas rumahnya musnah 90 peratus dalam kebakaran di Kampung Baru Cendering di sini malam tadi. Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Pahang dalam…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lafaz ikrar bukan sekadar rutin, gimik – Kasim

KOTA KINABALU – Lafaz ikrar mahasiswa baharu Universiti Malaysia Sabah (UMS) bukan sekadar acara rutin atau gimik bagi memenuhi jadual Minggu Suai Mesra, sebaliknya menjadi kontrak moral, sosial dan undang-undang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Warga emas tinggal sehelai sepinggang lepas kediaman terbakar

Warga emas tinggal sehelai sepinggang lepas kediaman terbakar

Lafaz ikrar bukan sekadar rutin, gimik – Kasim

Lafaz ikrar bukan sekadar rutin, gimik – Kasim

Mahasiswa perlu manfaat AI secara beretika – Kasim

Mahasiswa perlu manfaat AI secara beretika – Kasim

Kualiti Rumah Ru’RASA perlu diberi keutamaan – Sultan Pahang

Kualiti Rumah Ru’RASA perlu diberi keutamaan – Sultan Pahang

Hormati semua agama, pemimpin politik Semenanjung diseru contohi keharmonian Sarawak

Hormati semua agama, pemimpin politik Semenanjung diseru contohi keharmonian Sarawak

Anak Orang Asli boleh terus belajar hingga Tingkatan 5 di SK Bihai

Anak Orang Asli boleh terus belajar hingga Tingkatan 5 di SK Bihai