Proton e.MAS kini di Kuching, fokus wujudkan persekitaran hijau dan mampan

KUCHING – Proton e.MAS Kuching Melinau EV hari ini melancarkan bilik pameran kereta eletrik (EV) pertama di pusat beli-belah Vivacity Megamall.

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Eksekutif Proton e.MAS Kuching Melinau EV, David Yii berkata, peranan EV sangat penting dalam usaha menuju ke arah pembangunan hijau dan mampan.

“Melinau percaya EV bukan sahaja kenderaan masa hadapan tetapi mewujudkan persekitaran yang lebih lestari dan bersih,” kata Yii.

Selain itu, Yii berkata lagi pihaknya turut menyokong usaha dan hasrat kerajaan Sarawak untuk menjadikan negeri ini lebih lestari dan mampan.

“Peralihan kepada EV mampu menjadikan persekitaran dengan kualiti udara yang lebih bersih dan dapat mengurangkan pelepasan karbon,” ujar Yii.

Sementara itu, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS), Datuk Wee Hong Seng berkata, pelancaran Proton e.Mas dapat membantu Sarawak khususnya Kuching ke arah pembangunan mampan.

“Saya yakin peralihan EV dapat menjadi satu titik perubahan dalam sistem pengangkutan sekali gus mencapai matlamat alam sekitar yang lebih bersih dan mampan,” kata beliau lagi. 

Related Posts

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

KOTA KINABALU – Sabah menjadi tuan rumah Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu, pada 11 September 2026.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Nahas helikopter Long Lellang: Hentikan spekulasi, hormati privasi keluarga mangsa

MIRI – Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Hanifah Hajar Taib menyeru orang ramai agar menghentikan sebarang penyebaran spekulasi berhubung tragedi nahas helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) di Long Lellang, khususnya yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

  • By Ithma
  • September 10, 2026
Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula