Garis panduan orang Islam dalam upacara agama lain akan dibincang Kabinet

PUTRAJAYA – Kabinet bakal membincangkan mengenai cadangan garis panduan, terutamanya berkenaan pembabitan orang Islam dalam sebarang upacara termasuk di rumah ibadat bukan Islam.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, belum ada sebarang keputusan mahupun perbincangan telah dilaksana oleh jemaah Menteri bagi meneliti perkara itu secara terperinci.

“Cadangan garis panduan khusus) itu kita akan bincang di (mesyuarat) Kabinet esok,” katanya ketika ditemui media pada Majlis Peluncuran Pelaksanaan Pengauditan Syarikat Kerajaan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), hari ini.

Media sebelum ini melaporkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sedang memuktamadkan garis panduan khusus berkaitan pembabitan orang Islam dalam majlis sambutan perayaan, upacara kematian, kunjungan dan penganjuran majlis di rumah ibadat selain Islam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, garis panduan itu akan diperkenalkan supaya pembabitan orang Islam dalam majlis sambutan mestilah tidak disertakan perbuatan yang boleh menyentuh sensitiviti masyarakat Islam.

Sebagai contoh, garis panduan itu mencakupi hal menyentuh ucapan atau nyanyian berbentuk propaganda, penyebaran risalah dan agama, persembahan atau ucapan yang menghina atau mempersendakan pegangan agama masyarakat Islam.

Bagaimanapun, garis panduan berkenaan mengundang kritikan beberapa pihak antaranya DAPSY yang tidak bersetuju dan meminta kerajaan supaya membatalkannya.

Related Posts

Tarik balik kenyataan tidak memadai, persepsi rakyat perlu dipulihkan – Mahfuz

PENYELESAIAN kes saman antara Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ahli Parlimen Pendang, Datuk Awang Solahuddin Hashim, tidak seharusnya berakhir dengan penarikan balik tindakan undang-undang semata-mata. Naib Presiden Parti…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PN berdepan pembatalan pendaftaran RoS?

SHAH ALAM – Status Perikatan Nasional (PN) sebagai gabungan politik menjadi persoalan selepas tular beberapa dokumen yang didakwa dikeluarkan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) berkaitan pendaftaran gabungan itu. Antara dokumen…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tarik balik kenyataan tidak memadai, persepsi rakyat perlu dipulihkan – Mahfuz

Tarik balik kenyataan tidak memadai, persepsi rakyat perlu dipulihkan – Mahfuz

PN berdepan pembatalan pendaftaran RoS?

PN berdepan pembatalan pendaftaran RoS?

Anwar hormati keputusan Anthony, beri ruang untuk berbincang

Anwar hormati keputusan Anthony, beri ruang untuk berbincang

Permohonan undi pos PRN Melaka bermula hari ini

Permohonan undi pos PRN Melaka bermula hari ini

Proses bina semula Gaza perlu disegerakan

Proses bina semula Gaza perlu disegerakan

ECRL diutamakan, projek rel baharu perlu ikut kemampuan – PM Anwar

ECRL diutamakan, projek rel baharu perlu ikut kemampuan – PM Anwar