Guru didakwa amang seksual terhadap 2 pelajar sekolah agama

KANGAR – Seorang guru Bahasa Inggeris sebuah sekolah menengah agama dihadapkan ke Mahkamah Sesyen atas lima pertuduhan amang seksual terhadap dua pelajar lelaki, dua tahun lalu

Tertuduh, Ahmad Fairus Abu Zaik, 44, mengaku tidak bersalah atas semua pertuduhan di hadapan Majistret Nurshahida Abdul Rahim di sini hari ini.

Menurut kertas pertuduhan, tertuduh yang berasal dari Ayer Itam, Pulau Pinang, didakwa melakukan amang seksual dengan menyentuh kemaluan seorang pelajar lelaki berusia 13 tahun antara pukul 2.40 petang hingga 11 malam dari 21 Ogos hingga 27 November 2023 di bilik media sekolah tersebut.

Dia turut didakwa melakukan perbuatan sama terhadap seorang lagi pelajar lelaki, juga berusia 13 tahun, di lokasi sama pada pukul 12.15 tengah hari pada November 2023.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang dibaca bersama Seksyen 16(1) akta yang sama.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nabilah Ahmad Poad, manakala tertuduh diwakili peguam, Mohamad Alif Farhan Mohamad Supian.

Timbalan Pendakwa Raya memohon ikat jamin sebanyak RM19,000 bagi kesemua kesalahan manakala peguam belanya berhujah agar dikurangkan jumlah kerana tertuduh mengidap beberapa penyakit kronik dan menyara seorang isteri serta anak angkat yang masih bersekolah.

Mahkamah kemudiannya menetapkan ikat jamin RM12,000 dengan seorang penjamin dan kes akan disebut semula pada 5 Mac depan. Tertuduh membayar ikat jamin.

Related Posts

Pembekalan baja kepada MADA dilaksana ikut jadual – NAFAS

ALOR SETAR – Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) telah menyelesaikan sepenuhnya pembekalan 8,275 tan metrik baja urea bagi kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), lebih awal daripada tempoh ditetapkan. NAFAS memaklumkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sindiket seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit tumpas

BALING – Taktik sindiket penyelewengan gas petroleum cecair (LPG) bersubsidi yang memilih lokasi terpencil di sebuah ladang kelapa sawit di Kuala Ketil, di sini gagal apabila kegiatan itu terbongkar pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pembekalan baja kepada MADA dilaksana ikut jadual – NAFAS

Pembekalan baja kepada MADA dilaksana ikut jadual – NAFAS

Sindiket seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit tumpas

Sindiket seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit tumpas

Hospital Bukit Mertajam tersenarai 250 terbaik dunia – PM

Hospital Bukit Mertajam tersenarai 250 terbaik dunia – PM

RM958 juta lesap akibat penipuan dalam talian setakat Jun – Fahmi

RM958 juta lesap akibat penipuan dalam talian setakat Jun – Fahmi

Kestabilan politik perlu dipelihara demi keyakinan pelabur – Anwar

Kestabilan politik perlu dipelihara demi keyakinan pelabur – Anwar

Pertahanan negara perlukan tambahan peruntukan hingga berbilion ringgit – Anwar

Pertahanan negara perlukan tambahan peruntukan hingga berbilion ringgit – Anwar