Polis siasat 34 serpihan dipercayai tulang manusia

SEBANYAK 34 serpihan dipercayai tulang manusia ditemui di tepi Pantai Batu Burok 2, dekat Kuala Terengganu, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung penemuan itu kira-kira jam 10 malam.

Beliau berkata, pihaknya menerima maklumat melalui panggilan telefon oleh orang awam dan satu laporan polis dibuat bagi siasatan lanjut dijalankan.

Katanya, siasatan dilakukan Bahagian Siasatan Jenayah Daerah di tempat kejadian yang dilakukan bersama Pasukan Forensik Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu.

“Tempat kejadian dalam kawasan semak, di tepi longkang kering tidak berair iaitu di tepi pantai berjarak 40 meter dengan gigi air semasa air pasang.

“Lokasinya iaitu di belakang kawasan kuarters Jabatan Kerja Raya yang ditinggalkan dan tidak lagi dihuni,” katanya.

Beliau berkata, ketika pihaknya tiba untuk menjalankan siasatan, persekitaran kawasan terbabit adalah gelap kerana tiada sumber pencahayaan.

Beliau berkata, semua ketulan dan serpihan tulang ditemui itu dikumpulkan untuk siasatan dan akan dihantar ke Unit Patologi dan Jabatan Kimia untuk pemeriksaan lanjut.

Beliau juga berkata, siasatan lanjut akan dijalankan bagi mengesan kawasan sekitar sama ada perkuburan lama atau milik persendirian.

“Usaha mengesan identiti mangsa bergantung kepada hasil pemeriksaan perubatan dan kimia seperti jantina, tempoh kematian dan lain-lain maklumat yang akan diperolehi kemudian.

“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan kita meminta orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi berhubung penemuan rangka berkenaan dan siasatan berhubung penemuan rangka itu masih dalam siasatan polis,” katanya.

Related Posts

Pemandu, penumpang rentung kemalangan kereta, lori tangki

TEMERLOH – Pemandu dan penumpang sebuah kereta dipercayai rentung selepas dihempap lori tangki yang membawa muatan 32,000 liter diesel serta petrol sebelum terbakar di Kilometer 9 Jalan Temerloh–Triang, petang tadi.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Teliti bantuan khas, skim sokongan guru luar bandar dan pulau

SEMPORNA – Kerajaan disaran meneliti pemberian bantuan khas atau memperluaskan skim sokongan sedia ada kepada guru yang bertugas di kawasan luar bandar dan kepulauan bagi membantu menampung kos pengangkutan yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Cukup berkompromi, kini masa pacu reformasi – AMK

Cukup berkompromi, kini masa pacu reformasi – AMK

Pemandu, penumpang rentung kemalangan kereta, lori tangki

Pemandu, penumpang rentung kemalangan kereta, lori tangki

Prestasi luar jangka KDNK 6.0 peratus bukti reformasi ekonomi berkesan

Prestasi luar jangka KDNK 6.0 peratus bukti reformasi ekonomi berkesan

Teliti bantuan khas, skim sokongan guru luar bandar dan pulau

  • By Fatin
  • August 14, 2026
Teliti bantuan khas, skim sokongan guru luar bandar dan pulau

300 pelajar Pahang ke luar negara terima RM1,000

300 pelajar Pahang ke luar negara terima RM1,000

RCI Tabung Haji: Segerakan pendakwaan jika bukti cukup – Haniff

RCI Tabung Haji: Segerakan pendakwaan jika bukti cukup – Haniff