Maxim jadi pilihan rakan pemandu, tingkatkan pendapatan

KUCHING – Syarikat e-hailing tempatan, Maxim menjadi pilihan rakan pemandu kerana mempunyai beberapa ciri dalam aplikasi yang membolehkan mereka mengurangkan kos dan menjana lebih pendapatan.

Menerusi kenyataan rasmi mereka, pemandu yang aktif dibenarkan membeli giliran iaitu enam jam, 12 jam dan 24 jam yang mana tiada yuran komisen dikenakan semasa tempoh pesanan dilaksanakan.

“Ini membolehkan pemandu dapat menjana lebih banyak wang dalam tempoh yang ditetapkan.

Selain itu, pemandu yang bersetuju meletakkan pelekat penjenamaan pada kereta mereka akan menerima insentif bulanan dan kadar komisen akan dikurangkan.

Maxim juga memperkenalkan fungsi automatik yang melantik pesanan kepada pemandu dalam aplikasi.

“Sistem ini menganalisis pesanan yang diterima dalam aplikasi dan menawarkan tempahan baru kepada pemandu di sekitar mereka.

“Dengan cara ini, pemandu dapat memenuhi pesanan pelanggan lebih efisien.

Maxim juga turut menampilkan program diskaun kepada pemandu iaitu diskaun khas untuk perkhidmatan kereta atau pertukaran tayar.

“Pihak Maxim turut bekerjasama dengan beberapa bengkel untuk memberi diskaun khas kepada pemandu dan kelebihan ini hanya dengan menunjukkan aplikasi Taxsee kepada bengkel kereta.

Sebelum ini, pemandu e-hailing mengemukakan memorandum kepada pihak Kementerian Pengangkutan dengan memohon mengenakan tambang minimun bagi meningkatkan pendapatan mereka. 

Related Posts

Pemandu, penumpang rentung kemalangan kereta, lori tangki

TEMERLOH – Pemandu dan penumpang sebuah kereta dipercayai rentung selepas dihempap lori tangki yang membawa muatan 32,000 liter diesel serta petrol sebelum terbakar di Kilometer 9 Jalan Temerloh–Triang, petang tadi.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Teliti bantuan khas, skim sokongan guru luar bandar dan pulau

SEMPORNA – Kerajaan disaran meneliti pemberian bantuan khas atau memperluaskan skim sokongan sedia ada kepada guru yang bertugas di kawasan luar bandar dan kepulauan bagi membantu menampung kos pengangkutan yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Cukup berkompromi, kini masa pacu reformasi – AMK

Cukup berkompromi, kini masa pacu reformasi – AMK

Pemandu, penumpang rentung kemalangan kereta, lori tangki

Pemandu, penumpang rentung kemalangan kereta, lori tangki

Prestasi luar jangka KDNK 6.0 peratus bukti reformasi ekonomi berkesan

Prestasi luar jangka KDNK 6.0 peratus bukti reformasi ekonomi berkesan

Teliti bantuan khas, skim sokongan guru luar bandar dan pulau

  • By Fatin
  • August 14, 2026
Teliti bantuan khas, skim sokongan guru luar bandar dan pulau

300 pelajar Pahang ke luar negara terima RM1,000

300 pelajar Pahang ke luar negara terima RM1,000

RCI Tabung Haji: Segerakan pendakwaan jika bukti cukup – Haniff

RCI Tabung Haji: Segerakan pendakwaan jika bukti cukup – Haniff