Ahli Parlimen Kota Samarahan sumbang bantuan kit makanan

Oleh: Andy Anderson

KOTA SAMARAHAN – Sejumlah 129 mangsa terjejas akibat banjir berlaku di Sarawak ditempatkan di tiga pusat pemindahan sementara (PPS).

Difahamkan lima kawasan terjejas akibat banjir seperti Kampung Endap, Kampung Sinaran Jaya, Kampung Tanah Putih, Kampung Nangka, dan Kampung Entingan.

Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Rubiah Wang berkesempatan meninjau keadaan mangsa di tiga PPS di Samarahan.

Dalam tinjauan tersebut, beliau diberikan taklimat mengenai situasi semasa dan peningkatan jumlah mangsa yang telah dipindahkan, yang disampaikan oleh Pegawai Pertahanan Awam Daerah Samarahan, Kapt. (PA) Hasrol Awi.

“Saya berharap semua pihak sentiasa mematuhi arahan pihak berkuasa serta mengambil langkah berjaga-jaga demi keselamatan diri dan keluarga,” kata beliau.

Pada masa yang sama, beliau turut memberi sumbangan berupa kit makanan untuk mangsa banjir.

Turut hadir Pegawai Daerah Samarahan merangkap Pengerusi Jawatankuasa Bencana Daerah Samarahan, Ahmad Abdul Razak; Penghulu Kampung Endap, Awang Muhamad Awang Suntong; Ketua Kaum Kampung Entingan, Kandom Changgai; Ketua Kaum Kampung Nangka, Minggu Julang serta wakil-wakil agensi berkaitan.

Related Posts

‘Politik perpaduan’ jadi pilihan, rakyat tolak sentimen perkauman

KOTA KINABALU – Politik berasaskan perpaduan dan kebajikan rakyat dilihat sebagai pilihan terbaik dalam memastikan kestabilan negara, berbanding pendekatan yang membangkitkan sentimen perkauman. Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) Zon Sabah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Wanita lakukan kekerasan terhadap Sultan Perak didenda RM500

IPOH – Seorang wanita didenda RM500 oleh Mahkamah Majistret di sini pada Isnin selepas mengaku bersalah melakukan kekerasan jenayah terhadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ketika sambutan Hari Kebangsaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‘Politik perpaduan’ jadi pilihan, rakyat tolak sentimen perkauman

‘Politik perpaduan’ jadi pilihan, rakyat tolak sentimen perkauman

MediAsas: Reformasi pembiayaan kesihatan kurangkan beban rakyat

MediAsas: Reformasi pembiayaan kesihatan kurangkan beban rakyat

Pengundian awal PRN Johor berjalan lancar di IPD Mersing

Pengundian awal PRN Johor berjalan lancar di IPD Mersing

Sepanyol ke suku akhir lepas menang tipis 1-0 ke atas Portugal

Sepanyol ke suku akhir lepas menang tipis 1-0 ke atas Portugal

Elia Nadira tekad bawa politik nilai, didik masyarakat dan utamakan khidmat di Tenang

Elia Nadira tekad bawa politik nilai, didik masyarakat dan utamakan khidmat di Tenang

Pengalaman sedekad sebagai peguam kelebihan fahami dasar, undang-undang – Kartiyaini

Pengalaman sedekad sebagai peguam kelebihan fahami dasar, undang-undang – Kartiyaini