Anwar arah NADMA perkemas jentera hadapi banjir di Sabah, Sarawak

DATUK Seri Anwar Ibrahim berduka cita dengan situasai banjir yang semakin buruk di Sabah dan Sarawak.

Perdana Menteri berkata, beliau sudah mengarahkan Agensi Pengurusan Bencana (NADMA) memperkemas penyelarasan seluruh kekuatan jentera agensi persekutuan dan negeri.

“Berduka cita menerima perkhabaran situasi banjir yang semakin buruk di Sabah dan Sarawak.

“Saya zahirkan simpati pada ribuan saudara kita di sana yang terkesan dengan bencana ini.

“Keutamaan saat ini adalah kebajikan mangsa banjir serta keselamatan penduduk di kawasan terkesan,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Anwar turut mengarahkan Jabatan Pendidikan Negeri mengambil langkah sewajarnya bagi memastikan calon peperiksaan SPM yang terjejas, dapat menjalani peperiksaan dengan selamat dan kondusif.

Katanya, Skuad Ihsan Madani akan turun membantu mangsa banjir di pusat pemindahan sementara serta bersiap siaga bagi penugasan pasca banjir.

“Moga semua mangsa yang terkesan diberi kesabaran dan ketabahan sepanjang tempoh musibah ini melanda,” katanya.

Related Posts

PRU16 wajar selepas rakyat rasai kesan pemulihan ekonomi – Hassan Karim

AHLI Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim menggesa PKR supaya tidak berputus asa susulan kekalahan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, sebaliknya bangkit menyusun semula strategi bagi menghadapi Pilihan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PMK 2026 himpun pelbagai agensi, mudahkan rakyat akses perkhidmatan

SHAH ALAM – Program MADANI Kita (PMK) 2026 menjadi platform penting untuk memastikan dasar dan inisiatif kerajaan bukan sekadar diumumkan, sebaliknya dapat dirasai secara langsung oleh rakyat melalui penyampaian pelbagai…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Dr Dzulkefly gesa penganjur RXZ Members utamakan pesanan pemanduan berhemah

Dr Dzulkefly gesa penganjur RXZ Members utamakan pesanan pemanduan berhemah

Sarawak, Sabah kekal ‘kingmaker’ politik negara – Abdul Karim

Sarawak, Sabah kekal ‘kingmaker’ politik negara – Abdul Karim

PRU16 wajar selepas rakyat rasai kesan pemulihan ekonomi – Hassan Karim

PRU16 wajar selepas rakyat rasai kesan pemulihan ekonomi – Hassan Karim

PH kaji kekalahan PRN, rangka strategi baharu

PH kaji kekalahan PRN, rangka strategi baharu

Projek Empangan Air RM450.5 juta ikut jadual, siap 2027

Projek Empangan Air RM450.5 juta ikut jadual, siap 2027

Pahang rekod kadar penyertaan tenaga buruh tertinggi di Pantai Timur

Pahang rekod kadar penyertaan tenaga buruh tertinggi di Pantai Timur