Negara rugi miliki mahasiswa ‘tin kosong’, persepsi kuasai diri

SUCI dalam debu, itulah yang dapat digambarkan kepada perhimpunan Rakyat Benci Rasuah yang diadakan di ibu negara, pada Sabtu.

Niat penganjur mengajak rakyat membenci rasuah wajar dipuji namun seperti ada yang tidak kena susulan pengisian program itu sangat dangkal yang hanya berkiblatkan persepsi semata-mata.

Rata-rata yang menghadiri perhimpunan itu adalah golongan mahasiswa yang terlihat mereka seperti tidak cakna dengan perkembangan Kerajaan Madani yang sejak berkuasa di Putrajaya telah berusaha keras memerangi gejala rasuah habis-habisan.

Amat malang bagi negara jika mahasiswa yang merupakan generasi Z ini tidak berupaya berfikiran kritis, menilai sesuatu yang baik atau buruk sekali gus hanyut termakan persepsi negatif dan tidak berlandaskan fakta.

Ahli Dewan Negara, Datuk Dr Azhar Ahmad berkata, agenda perhimpunan membenci rasuah itu sepatutnya tidak ‘berat sebelah’ dan menyasarkan pemimpin-pemimpin tertentu Kerajaan Madani.

“Niat dah cantik, tapi pelaksanaan kabur, Suci tapi berdebu. Saya tengok kenyataan-kenyataan jurucakap perhimpunan itu tiada seorang pun yang menyenaraikan kejayaan-kejayaan Kerajaan Madani menerusi agensi-agensi penguat kuasa memerangi rasuah.

“Mereka tidak berlandaskan fakta, mereka meratib persepsi dan tanggapan, nampak mereka ini ditunggang oleh pihak-pihak tertentu yang cuba menghasut rakyat membenci kerajaan yang dipimpin Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Lebih mengecewakan, Azhar yang merupakan Ketua UMNO Bahagian Beruas berkata, peserta perhimpunan dilihat mempertikaikan keputusan mahkamah yang membebaskan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi daripada semua pertuduhan rasuah.

“Saya nampak ada peserta bawa laptop masa demonstrasi, tetapi adakah dia dapat maklumat, ‘up to date’. Adakah peserta ini mengikuti rapat perbicaraan Datuk Seri Zahid?

“Datuk Seri Zahid tidak mencuri duit rakyat, tidak samun duit kerajaan, tuduhan beliau adalah tuduhan bermotifkan politik dan berniat jahat, adakah beliau salah menggunakan duit daripada Yayasan Akal Budi untuk membuat kerja-kerja amal seperti membina masjid, sekolah tahfiz dan membiayai gaji-gaji guru tahfiz?

“Mereka seolah-olah menghina institusi kehakiman, sudah tentu hakim akan membuat keputusan berdasarkan segala hujah yang dibentangkan oleh pendakwa dan peguam bela, jadi kita jangan pertikaikan keputusan hakim yang membebaskan Datuk Seri Zahid daripada segala pertuduhan itu,” katanya.

Azhar juga membidas perhimpunan itu yang dipercayai ditunggang pihak-pihak tertentu kerana tidak ada satu poster pun memaparkan wajah-wajah pemimpin pembangkang.

“Saya difahamkan terdapat dua parti politik dalam sekretariat penganjuran perhimpunan ini, di mana pemimpin salah satu parti itu telah dijatuhkan hukuman penjara dan sebatan kerana kesalahan rasuah.

“Peserta perhimpunan langsung tidak membangkitkan perkara itu, malah tidak ada langsung menyentuh isu-isu rasuah melibatkan Jana Wibawa, Menara Kuala Lumpur dan sebagainya.

“Nampak seperti perhimpunan ini didalangi dan cuba merosakkan pemikiran mahasiswa. Mereka sembrono menghalakan kebencian kepada PMX sedangkan rakyat tahu PMX lah orang yang kuat memerangi rasuah.

“Jadi saya nasihat kepada anak muda, nak ‘rebel’ boleh tetapi biarlah berfakta, jangan ikut persepsi buruk yang tidak tentu hala kerana kita tidak mahu mahasiswa kita nanti bergelar tin kosong yang gegak gempita seluruh alam tetapi sebenarnya tidak ada apa pun, kosong!” katanya.

Related Posts

Lima ADUN PH sah keluar Kerajaan Negeri Melaka, Ahli Majlis dan JPKK turut berundur

MELAKA – Pakatan Harapan (PH) Melaka mengesahkan keputusan lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) gabungan itu menarik diri daripada pentadbiran Kerajaan Negeri susulan pendirian menolak pindaan Enakmen Perlembagaan Negeri Melaka…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bersatu mahu ‘mufarakah’ daripada PN – Annuar

KEPUTUSAN Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bertanding menggunakan logo sendiri pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan disifatkan sebagai tindakan memilih untuk ‘mufarakah’ atau berpisah daripada Perikatan Nasional (PN). Ketua…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lima ADUN PH sah keluar Kerajaan Negeri Melaka, Ahli Majlis dan JPKK turut berundur

Lima ADUN PH sah keluar Kerajaan Negeri Melaka, Ahli Majlis dan JPKK turut berundur

Bersatu mahu ‘mufarakah’ daripada PN – Annuar

Bersatu mahu ‘mufarakah’ daripada PN – Annuar

Kerajaan Perpaduan Perak kekal utuh hingga DUN dibubar – Saarani

Kerajaan Perpaduan Perak kekal utuh hingga DUN dibubar – Saarani

Program Perumahan Rakyat bukti komitmen kerajaan sedia kediaman selesa buat golongan sasar

Program Perumahan Rakyat bukti komitmen kerajaan sedia kediaman selesa buat golongan sasar

Polis trafik dipenjara 4 bulan terima rasuah guna akaun isteri

Polis trafik dipenjara 4 bulan terima rasuah guna akaun isteri

MCMC wajibkan kandungan berbahaya disekat dalam tempoh 24 jam

MCMC wajibkan kandungan berbahaya disekat dalam tempoh 24 jam