Kerajaan buka ruang demokrasi kepada rakyat untuk suarakan pandangan

KOTA KINABALU – Perhimpunan Rakyat Benci Rasuah menunjukkan kerajaan memberi ruang demokrasi kepada rakyat untuk menyuarakan pandangan mereka.

Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah, Razeef Rakimin berkata, semua perlu menghormati Perkara 10 dalam Perlembagaan Persekutuan yang memberikan hak kepada rakyat untuk berhimpun secara aman.

“Kita perlu memahami Akta Himpunan Aman 2012 iaitu mengenai fasal sembilan perlu menghantar notis memaklumkan kepada pihak polis agar dapat menjaga keamanan.

“Di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berpengalaman panjang memperjuangkan hak rakyat membuktikan komitmennya terhadap kebebasan bersuara,” katanya dalam Sidang Media PKR Sabah di sini pada Ahad.

Razeef juga mengulas lanjut mengenai beberapa gambar karikatur yang melibatkan beberapa pimpinan Kerajaan Perpaduan sebagai dendam peribadi.

“Sewaktu Perikatan Nasional (PN) memerintah banyak pemimpin rasuah yang melibatkan ratusan kes dibebaskan, keputusan dilepas tanpa dibebaskan (DNAA) dan sebagainya.

“Kenapa poster mereka tiada? Tetapi ditujukan kepada beberapa pimpinan kerajaan yang kita lihat sama-sama dalam menentang rasuah.

“Sedangkan banyak lagi didakwa, ada juga kes melarikan diri ke luar negara dan tidak kembali,” katanya.

Menurutnya lagi, dalam tempoh dua tahun memerintah, Kerajaan Perpaduan membuktikan bahawa banyak kes rasuah berjaya dibanteras di mahkamah.

“Contohnya kes yang melibatkan penjawat awam banyak tangkapan dibuat.

“Ini membuktikan bahawa Kerajaan Madani benar-benar membanteras rasuah hingga ke akar umbi.

“Kita serius menyelesaikan dan membanteras rasuah berbanding dengan kerajaan terdahulu,” ujarnya.

Related Posts

Harga runcit petrol, diesel tanpa subsidi turun 5 sen seliter

KUALA LUMPUR: Harga runcit petrol RON97, RON95 tanpa subsidi dan diesel tanpa subsidi masing-masing turun lima sen seliter bagi tempoh 6 hingga 12 Ogos depan. Kementerian Kewangan (MOF), dalam kenyataan hari…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Cik Man meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung

PELAKON filem dan drama Kamarool Yusoff atau lebih dikenali sebagai Cik Man meninggal dunia pada Rabu dipercayai akibat serangan jantung. Allahyarham yang berusia 68 tahun itu menghembuskan nafas terakhir jam…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Harga runcit petrol, diesel tanpa subsidi turun 5 sen seliter

  • By Aden
  • August 5, 2026
Harga runcit petrol, diesel tanpa subsidi turun 5 sen seliter

Penemuan kedua tulang dalam guni cetus persoalan

Penemuan kedua tulang dalam guni cetus persoalan

Cik Man meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung

Cik Man meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung

Kerajaan percepat proses 15,000 permohonan pekerja asing bantu sektor ekonomi

Kerajaan percepat proses 15,000 permohonan pekerja asing bantu sektor ekonomi

Bangunan warisan Georgetown perlu diaudit secara sistematik demi keselamatan

Bangunan warisan Georgetown perlu diaudit secara sistematik demi keselamatan

Rumah dibeli terbengkalai, suami isteri tanggung sewa dan pinjaman serentak

Rumah dibeli terbengkalai, suami isteri tanggung sewa dan pinjaman serentak