Ketidakcenderungan Malaysia kepada mana-mana kuasa besar bukti kemampuan teraju ASEAN

KEDUDUKAN Malaysia sebagai sebuah negara yang stabil dan tidak cenderung kepada mana-mana kuasa besar membuktikan bahawa Malaysia mampu membawa hala tuju kesemua 10 negara anggota ASEAN di samping cabaran geopolitik semasa.

Menurut penganalisis politik dari Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara (NASR), Prof Dr Azmi Hassan, selain daripada pendirian neutral yang tidak memihak kepada mana-mana kuasa besar dunia, ia juga menjadi kelebihan kepada Malaysia untuk menyelesaikan dan mengutarakan isu kemanusiaan di rantau ini.

“Dalam hal isu kemanusiaan terutama sekali apa yang berlaku di Myanmar, Malaysialah yang paling ke hadapan dalam memperjuangkan hak asasi apa yang berlaku di Myanmar, memang sesuai Malaysia menjadi pengerusi dalam perkara ini.

“Malaysia di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib sebagai Perdana Menteri adalah negara pertama dalam ASEAN menegur kerajaan Aung San Suu Kyi pada ketika itu dalam layanan mereka terhadap masyarakat Rohingya. Aung San Suu Kyi menuduh Malaysia mencampuri hal dalaman Myanmar yang kononnya melanggari piagam ASEAN.

“Oleh itu berbanding Singapura, Indonesia dan Thailand, Malaysia lebih jauh ke hadapan dalam mengkritik, mencampuri urusan dalaman Myanmar sejak pentadbiran kerajaan Aung San Suu Kyi lagi, bukan hanya semasa junta pada ketika ini,” katanya ketika dihubungi The Malaysia Press.

Jelasnya, pendirian Malaysia yang bersifat neutral dan tidak memihak kepada mana-mana kuasa besar dunia sudah pasti memberi limpahan positif kepada negara-negara rantau.

“Saya berpendapat ASEAN sebenarnya bernasib baik pada ketika ini, di mana Malaysia menjadi pengerusi, kerana sebagai pengerusi, Malaysia dapat berada secara neutral antara peperangan ataupun kemelut pengaruh kuasa besar Amerika Syarikat dan China.

“Penting kedudukan Malaysia sebagai pengerusi, kita telah menunjukkan walaupun ada masalah dengan China, kita tidak berat sebelah dengan China malah walaupun dikatakan anti Amerika Syarikat kerana isu-isu geopolitik Gaza, Palestin umpamanya tapi kita tidak menyisihkan Amerika Syarikat.

“Dalam hal ini juga Malaysia sebagai pengerusi ingin membawa ke semua 10 negara ASEAN supaya mendapat konsensus, satu suara dalam apa sahaja hal yang membabitkan ASEAN. Jadi itu pendekatan Kuala Lumpur,” ujarnya.

Mengulas mengenai kesinambungan peranan Malaysia sebagai pengerusi ASEAN 2025 dengan keadaan ekonomi semasa, ia penting bagi memastikan hala tuju negara-negara Asia Tenggara dapat mencapai kemuncaknya disamping cabaran pegangan ekonomi global yang dipegang kuasa besar dunia seperti Amerika Syarikat dan China.

“Pengerusi ASEAN memainkan peranan yang amat penting kerana mempunyai kuasa dalam menyusun agenda mesyuarat sidang kemuncak dan seumpamanya terutamanya kerana ia dihadiri oleh kuasa-kuasa besar dunia.

“Dimana mesyuarat sidang kemuncak ASEAN ini bukan sahaja dihadiri oleh 10 negara anggota ASEAN tetapi ia turut terdiri daripada kuasa besar, ‘ASEAN Plus China’, ‘ASEAN Plus Amerika Syarikat’ dan juga ‘ASEAN Plus Three’ iaitu Jepun, Korea Selatan dan China.

“Paling penting adalah urus dagang ekonomi ASEAN dengan negara-negara lain berterusan dan ini tekad niat pengerusi ASEAN supaya aktiviti ekonomi itu tidak terencat walaupun terdapat perbezaan pendapat dari segi isu geopolitik,” ujarnya.

Tambahnya, peranan Malaysia sudah pasti berbeza dan penting bagi Kepengerusian ASEAN kali ini terutamanya dalam membawa suara negara-negara Asia Tenggara ke peringkat global, di samping cabaran geopolitik dan ekonomi semasa.

“Jadi bagi saya penting diuar-uarkan terutama sekali kepada rakyat betapa pentingnya menjadi pengerusi ASEAN yang berbeza ketika Malaysia menjadi pengerusi ASEAN 2015 kerana pada ketika itu tidak banyak kemelut geopolitik perang Ukraine, perang Gaza tidak ada pada masa itu. Tapi sekarang ini telah ada beberapa isu di dunia sekarang ini,” ujarnya.

Related Posts

BDR kurangkan penggunaan 4.05 juta liter petrol, kerajaan jimat RM7.31 juta subsidi

KUALA LUMPUR – Pelaksanaan dasar Bekerja Dari Rumah (BDR) dalam kalangan Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan berjaya menjimatkan 4.05 juta liter penggunaan petrol, sekali gus mengurangkan perbelanjaan subsidi kerajaan sebanyak RM7.31…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lima ADUN PH sah keluar Kerajaan Negeri Melaka, Ahli Majlis dan JPKK turut berundur

MELAKA – Pakatan Harapan (PH) Melaka mengesahkan keputusan lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) gabungan itu menarik diri daripada pentadbiran Kerajaan Negeri susulan pendirian menolak pindaan Enakmen Perlembagaan Negeri Melaka…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

190 prospek penjara dipindahkan ke Limbang menerusi Ops Jerjak Samudera 2.0

190 prospek penjara dipindahkan ke Limbang menerusi Ops Jerjak Samudera 2.0

Polis kesan lelaki bantu siasatan langgar syarat OPP

Polis kesan lelaki bantu siasatan langgar syarat OPP

Sidang Dewan Rakyat berakhir, fokus beralih ke pelaksanaan 13 RUU baharu

Sidang Dewan Rakyat berakhir, fokus beralih ke pelaksanaan 13 RUU baharu

Kita mulakan Negeri Sembilan begitu baik dan usaha ini tidak harus ditinggalkan – Anwar

Kita mulakan Negeri Sembilan begitu baik dan usaha ini tidak harus ditinggalkan – Anwar

Dua keluarga tarik nafas lega rumah siap dibaiki sepenuhnya

Dua keluarga tarik nafas lega rumah siap dibaiki sepenuhnya

BDR kurangkan penggunaan 4.05 juta liter petrol, kerajaan jimat RM7.31 juta subsidi

BDR kurangkan penggunaan 4.05 juta liter petrol, kerajaan jimat RM7.31 juta subsidi