Tadbir urus, akauntabiliti jadi keutamaan Kerajaan Madani

PUTRAJAYA – Tadbir urus dan akauntabiliti kepimpinan di Malaysia menjadi keutamaan tertinggi pentadbiran Kerajaan Madani, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata, banyak negara dimusnahkan akibat keangkuhan dan rasuah pemimpin mereka, sambil menegaskan bahawa kepimpinan berkesan perlu berlandaskan kerendahan hati dan komitmen menangani rasuah secara langsung.

“Kami mewarisi beberapa isu dan skandal dari masa lepas, jadi kami perlu menjadi lebih tegas tentang itu, yang mana ia mencabar, khususnya apabila rasuah disifatkan sebagai sistemik.

“Proses tender perlu telus dan perlu ada suruhanjaya pencegahan rasuah yang efektif dengan perundangan dan kuasa mencukupi… saya fikir itu harus menjadi permulaannya,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam dialog eksklusif khas bertajuk ‘A Conversation with Anwar Ibrahim’ dikendalikan Pengasas dan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Forum Ekonomi Dunia (WEF) Prof Klaus Schwab di Davos, Switzerland, malam tadi.

Anwar berkata demikian sebagai menjawab soalan Schwab berhubung kualiti utama kejayaan pemimpin politik dalam dunia serba pantas masa kini.

Mengenai kerumitan tadbir urus, Anwar berkata pemimpin politik bukan saja perlu mempunyai kemahuan untuk memimpin tetapi juga sifat rendah diri untuk mengakui keterbatasan mereka.

“Kerendahan hati kepimpinan penting kerana pemimpin politik, meskipun pujian yang diterima, sering terlupa bahawa ada ruang untuk pembelajaran dan kami perlu ada sifat rendah diri untuk mengaku keterbatasan kami,” katanya.

Anwar berkata, kepimpinan beliau berlandaskan prinsip keadilan dan kesaksamaan untuk semua warganegara, tanpa mengira status sosial atau ekonomi mereka.

Related Posts

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan meminda Akta Tabung Haji 1995 (Akta 535) bagi memperkukuh tatakelola institusi berkenaan serta memastikan amanah umat Islam terus dipelihara, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

AYER KEROH – Kestabilan politik perlu terus dipelihara bagi memastikan kesinambungan pembangunan ekonomi negara, terutama ketika Malaysia berdepan ketidaktentuan geopolitik global, kata bekas Naib Presiden PKR, Tian Chua. Beliau berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Harimau Malaya tumbang 0-2 di tangan Vietnam

Harimau Malaya tumbang 0-2 di tangan Vietnam

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

Akar umbi yakin PKR terus perkukuh demokrasi, kepemimpinan parti

Akar umbi yakin PKR terus perkukuh demokrasi, kepemimpinan parti

AUKU langkah ke hadapan, kemenangan besar mahasiswa – Taufiq Johari

AUKU langkah ke hadapan, kemenangan besar mahasiswa – Taufiq Johari

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak