Replika naga pamer bendera China, polis Muar buka tiga kertas siasatan

MUAR – Polis membuka tiga kertas siasatan kepada penganjur bagi sebuah program perarakan seni dan kebudayaan selepas acara berkenaan dikesan mengandungi bendera negara China yang dipamerkan pada replika naga perhiasan.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 505(B) Kanun Keseksaan (KK), Seksyen 6(2) Akta Perhimpunan Aman 2012 dan Seksyen 3(1) Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.

Menurut beliau, hasil semakan mendapati, replika naga yang dinobatkan terpanjang di Malaysia itu telah diarak ke beberapa laluan utama di sekitar bandar sempena festival bersama masyarakat Tiong Hua, semalam.

“Hasil pemantaun polis bertugas mengesahkan, replika naga itu telah ditampal dengan bendera Jalur Gemilang di sebelah kanan, manakala sebelah kiri pula dihiasi bendera negara China sebagai tanda kerjasama antara mereka menjayakan program itu.

“Bagaimanapun, sejak acara itu berlangsung, media sosial tular mengenai dakwaan kononnya replika naga tersebut bertujuan mengangkat negara China semata-mata sambil memuat-naik gambar bendera mereka,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Justeru, ujar beliau, pihaknya telah mengambil tindakan proaktif dengan memanggil kumpulan penganjur program sebaik video dan dakwaan negatif itu tular.

“Kita menasihati orang ramai untuk tidak membuat sebarang spekulasi atau percaya kepada berita yang tidak ditentukan kesahihannya khususnya melibatkan perpecahhan kaum dan keamanan negara.

“Pihak polis menyeru orang ramai untuk sentiasa menyalurkan apa jua maklumat kepada pihak polis bagi memastikan keselamatan kekal terjamin,” katanya.

Related Posts

Projek pembinaan dewan di Pusa dihentikan susulan penemuan gas misteri

PUSA – Kerja pembinaan dewan serbaguna di Sekolah Kebangsaan (SK) Beladin  terpaksa dihentikan serta-merta susulan penemuan pelepasan gas misteri dari bawah tanah di tapak projek tersebut. Kejadian itu mula disedari pada jam…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sindiket sarang burung walit RM81.8 juta tumpas di Sarawak

KUCHING – Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) berjaya menumpaskan sindiket pemprosesan sarang burung walit haram di Sarawak dengan nilai rampasan mencecah RM81.8 juta. Pengarahnya, CP Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Projek pembinaan dewan di Pusa dihentikan susulan penemuan gas misteri

Projek pembinaan dewan di Pusa dihentikan susulan penemuan gas misteri

Sindiket sarang burung walit RM81.8 juta tumpas di Sarawak

Sindiket sarang burung walit RM81.8 juta tumpas di Sarawak

Polis Johor siap siaga pastikan kelancaran pengundian awal PRN Johor, esok

  • By Aden
  • July 6, 2026
Polis Johor siap siaga pastikan kelancaran pengundian awal PRN Johor, esok

Norway hantar Brazil balik hasil 2 gol Haaland

Norway hantar Brazil balik hasil 2 gol Haaland

Demi undi Melayu, Onn Hafiz sanggup tunggang naratif tidak mahu duduk semeja dengan DAP

Demi undi Melayu, Onn Hafiz sanggup tunggang naratif tidak mahu duduk semeja dengan DAP

Anak perantau Johor diseru balik mengundi – PMX

Anak perantau Johor diseru balik mengundi – PMX