KPN akan bertemu Suhakam tangani isu pemeriksaan telefon bimbit

PUTRAJAYA – Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain akan bertemu Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) bagi menjelaskan tindakan polis yang mempunyai kuasa untuk memeriksa telefon bimbit seseorang berdasarkan syak wasangka yang munasabah.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution berkata, beliau meminta Razarudin berbuat demikian dengan segera bagi membolehkan Suhakam mengetahui bidang atau skop tugasan yang membolehkan polis membuat pemeriksaan tersebut.

“Biar ada pertukaran pandangan bagi perspektif yang lebih tepat bagaimana penguatkuasa undang-undang terbesar di negara melaksanakan langkah itu. Kita tangani isu ini dan Suhakam  juga akan faham dalam konteks tugasan polis.

“Biar berlaku adil. Suhakam pula tangani isu dari sudut pandang hak asasi dan mempelawa masyarakat (buat laporan) jika ada pelanggaran,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas meninjau persediaan menjelang Sidang Kemuncak Pencegahan Jenayah Siber dan Ekspo (AISSE’25), hari ini.

Semalam, Suhakam dalam kenyataannya menegaskan pihak polis tidak boleh sewenang-wenangnya memeriksa telefon bimbit seseorang ketika sekatan jalan raya kerana ia dianggap melanggar hak asasi manusia.

Justeru, suruhanjaya itu meminta supaya orang awam untuk cakna dengan hak asasi manusia, terutama ketika diberhentikan, disoal siasat mahu pun ditahan pihak polis

Razarudin sebelum ini menegaskan polis mempunyai kuasa untuk memeriksa telefon bimbit seseorang berdasarkan syak wasangka yang munasabah.

Beliau memetik Seksyen 23(1) dan 116B Kanun Tatacara Jenayah, serta peruntukan daripada Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 serta Akta Polis.

Dalam pada itu, Saifuddin menjelaskan, langkah pemeriksaan telefon bimbit berkenaan bukan dilaksanakan sewenang-wenangnya, sebaliknya berdasarkan tatacara dan undang-undang yang memberikan polis locus standi.

Sebagai contoh, katanya, polis mempunyai hak melaksanakan pemeriksaan telefon bimbit sekiranya terdapat individu yang ditahan disyaki terbabit dalam kegiatan keganasan.

“Jika berlaku umpamanya orang awam dalam perjalanan, tiba-tiba terus dipanggil (untuk diperiksa telefon). Sudah tentu kita kena tangani isu begitu.

“Sebab itu saya kata, perbincangan ini, biar jangan terkeluar daripada tujuan sebenar. Biar polis jangan dilihat sebagai pasukan yang tidak peduli langsung soal peruntukan undang-undang.

“Kita tidak bertindak begitu. Bila satu keputusan dibuat untuk melakukan pemeriksaan, mesti ada asas untuk itu,” katanya.

Related Posts

Gempa bumi bermagnitud 5.0 dikesan di perairan Sandakan

SANDAKAN – Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.0 berlaku di perairan Sandakan, Sabah pada jam 9.11 malam tadi. Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi kenyataan di Facebook pada Isnin, memaklumkan gempa itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan Kelantan, Pentadbir Tanah Pasir Mas diperintah bayar ganti rugi RM17.46 juta

KOTA BHARU – Kerajaan Kelantan dan Pentadbir Tanah Daerah Pasir Mas diperintah membayar ganti rugi berjumlah RM17.46 juta kepada 348 peserta FELCRA Bukit Tandak berhubung pengeluaran tender pembalakan pokok getah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Imigresen serbu resort terbiar jadi pusat sindiket penipuan antarabangsa

Imigresen serbu resort terbiar jadi pusat sindiket penipuan antarabangsa

Sabah jadi tumpuan pendaki dunia, 250 peserta sertai Kinabalu Climbathon edisi ke-33

Sabah jadi tumpuan pendaki dunia, 250 peserta sertai Kinabalu Climbathon edisi ke-33

GRS sasar lebih 15 kerusi Parlimen Sabah pada PRU akan datang

GRS sasar lebih 15 kerusi Parlimen Sabah pada PRU akan datang

Gempa bumi bermagnitud 5.0 dikesan di perairan Sandakan

  • By Fandi
  • October 6, 2026
Gempa bumi bermagnitud 5.0 dikesan di perairan Sandakan

Kerajaan Kelantan, Pentadbir Tanah Pasir Mas diperintah bayar ganti rugi RM17.46 juta

Kerajaan Kelantan, Pentadbir Tanah Pasir Mas diperintah bayar ganti rugi RM17.46 juta

Pahang terbuka untuk jumpa bincang dengan wakil Berjaya Hills

Pahang terbuka untuk jumpa bincang dengan wakil Berjaya Hills