JKR nadi pembangunan Sarawak – Douglas Uggah

KUCHING – Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak memainkan peranan penting dalam aspek pembangunan di Sarawak.

Timbalan Premier Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata JKR Sarawak menjadi tulang belakang dalam menjayakan projek pembangunan di Sarawak.

“JKR antara agensi pelaksanaan projek bandar dan luar bandar yang mampu menyelesaikan projek yang tertagguh,” kata beliau.

Tambah beliau, JKR diseru agar terus melaksanakan tanggungjawab dalam berkhidmat dengan sebaiknya dalam menyelesaikan isu-isu infrastruktur jalan berikutan keadaan cuaca yang hujan sepanjang tiga bulan ini.

“Saya berharap JKR Sarawak bersama MIPD dapat memberikan peningkatan pada tahun ini khususnya bagi perbelanjaan pembangunan bangunan awam dan bangunan kerajaan,” kata beliau ketika berucap pada Majlis Makan Malam Perhimpunan Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak 2025 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) pada Rabu.

Douglas merangkap Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan (MIPD) berkata JKR Sarawak bersama MIPD dapat memberikan peningkatan pada tahun ini khususnya bagi perbelanjaan pembangunan bangunan awam dan bangunan kerajaan.

“Setelah meneliti prestasi 95 peratus perbelanjaan pembangunan tahun 2024, saya perhatikan beberapa sektor tidak menunjukkan prestasi sebaik yang lain.

“Sebagai contoh, P004 iaitu bangunan awam, kita hanya berjaya membelanjakan 83 peratus daripada bajet, manakala P003, bangunan kerajaan, kita membelanjakan 89 peratus,” jelas beliau.

Related Posts

90 tukun tiruan dilabuhkan di perairan Papar, manfaatkan nelayan setempat

PAPAR – Sebanyak 90 unit tukun tiruan dilabuhkan di perairan ini, bagi menyediakan habitat hidupan laut dan mewujudkan kawasan tangkapan yang lebih produktif untuk nelayan setempat. Ahli Parlimen Papar, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
CIS digesa tetap garis masa pulih bekalan simen di Sabah

KOTA KINABALU – Cement Industries Sabah (CIS) digesa menetapkan garis masa yang jelas bagi memulihkan bekalan simen di seluruh Sabah susulan kekurangan bahan itu yang terus menjejaskan projek pembinaan dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tarik balik kenyataan tidak memadai, persepsi rakyat perlu dipulihkan – Mahfuz

Tarik balik kenyataan tidak memadai, persepsi rakyat perlu dipulihkan – Mahfuz

PN berdepan pembatalan pendaftaran RoS?

PN berdepan pembatalan pendaftaran RoS?

Anwar hormati keputusan Anthony, beri ruang untuk berbincang

Anwar hormati keputusan Anthony, beri ruang untuk berbincang

Permohonan undi pos PRN Melaka bermula hari ini

Permohonan undi pos PRN Melaka bermula hari ini

Proses bina semula Gaza perlu disegerakan

Proses bina semula Gaza perlu disegerakan

ECRL diutamakan, projek rel baharu perlu ikut kemampuan – PM Anwar

ECRL diutamakan, projek rel baharu perlu ikut kemampuan – PM Anwar