Pelaburan KWSP dalam MAHB bagi sokong pembayaran dividen ahli

KUMPULAN Simpanan Wang Pekerja (KWSP) menjelaskan keputusan pelaburan termasuk aktiviti dagangan saham Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) sejajar dengan objektif pelaburannya yang lebih luas dan bertujuan menjana pendapatan untuk ahli KWSP.

Menerusi satu kenyataan, KWSP berkata, ia telah menguruskan pelaburannya dalam MAHB dan merangka strategi yang teliti untuk memastikan pulangan optimum untuk ahlinya.

KWSP berkata, keputusan baru-baru ini untuk membuat tawaran am sukarela untuk saham MAHB pada RM11 sesaham sebagai sebahagian daripada konsortium mencerminkan pelan strategik jangka panjang yang bertujuan mencapai pertumbuhan dan pulangan yang mampan.

KWSP berkata, sebagai sebuah institusi yang komited terhadap urus tadbir yang baik, pihaknya melaksanakan dasar ‘Chinese Wall’ untuk memastikan pengurus dananya tidak mempunyai akses kepada maklumat penting bukan awam seperti tawaran pemerolehan yang mungkin berlaku.

Tambahnya, polisi ini bertindak sebagai penghalang maklumat antara jabatan yang berbeza dalam KWSP, menghalang pendedahan maklumat material yang tidak didedahkan kepada umum dan mengekalkan integriti aktiviti pasaran.

Tambahnya, sama seperti kebanyakan pelabur institusi besar dengan polisi ‘Chinese Wall’ iaitu memisahkan pasukan yang mengendalikan perkongsian strategik atau berurusan dengan transaksi sulit, manakala pasukan berasingan menguruskan pelaburan dalam ekuiti awam.

“Dasar ini berfungsi sebagai penghalang maklumat antara jabatan berbeza dalam KWSP, menghalang pendedahan maklumat penting bukan awam dan mengekalkan integriti aktiviti pasarannya.

“Ini memastikan bahawa keputusan yang dibuat oleh pengurus dana hanya berdasarkan maklumat yang tersedia secara umum, mengelakkan sebarang kelebihan tidak adil atau dagangan orang dalam.

“Ia juga melindungi integriti operasi KWSP dan mengekalkan kepercayaan dalam amalan tadbir urusnya,” tambahnya.

Untuk rekod, KWSP telah menjadi pemegang saham MAHB sejak 30 November 1999, apabila syarikat itu disenaraikan di pasaran utama Bursa Malaysia pada harga RM2.50 sesaham.

Related Posts

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

IPOH – Pemuda Parti Amanah Perak menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meneliti sumber kekayaan yang dikaitkan dengan anak-anak bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berangkat ke New Delhi, India malam ini bagi menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin-Pemimpin BRICS ke-18, selepas selesai lawatan kerja beliau di Sabah.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan