Imigresen Perak tahan 24 PATI sekitar Ipoh

IPOH – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Perak berjaya menahan 24 pendatang tanpa izin (PATI) dalam pemeriksaan di lapan buah premis sekitar Bandar Ipoh, pada Isnin.

Pengarah Imigresen Perak, Meor Hezbullah Meor Abd Malik berkata, serbuan dibuat berdasarkan aduan dan hasil risikan serta pemantauan yang telah dijalankan.

Ujarnya, kesemua mereka ditahan dalam operasi penguatkuasaan yang dilaksanakan oleh Unit Aduan, Risikan dan Operasi Bahagian Penguatkuasaan JIM Perak.

“Dengan kekuatan seramai 12 orang pegawai, kita telah memeriksa seramai 38 orang warga Malaysia dan pelbagai warga asing.

“Hasil pemeriksaan, seramai 24 orang warga asing diperiksa dan kesemua ditahan kerana mendapati dengan munasabah telah melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) serta Peraturan-Peraturan Imigresen 1963,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambah beliau, kesemua 24 warga asing ditahan terdiri daripada lelaki berusia lingkungan 19 hingga 46 tahun.

“Mereka terdiri daripada empat warga Pakistan, empat warga India, lima warga Yaman serta dua lagi masing-masing warga Mesir dan Indonesia.

“Kesemuanya ditahan di Depot Tahanan Imigresen Ipoh di bawah Seksyen 51(5)(b) Akta Imigresen 1959/63,” ujarnya.

Meor Hezbullah turut menjelaskan kesemua mereka disiasat di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1953/63, iaitu masuk dan berada di Malaysia tanpa permit yang sah, Seksyen 15(1)(c) Akta yang iaitu telah tinggal/berada di Malaysia selepas tempoh sah permit yang dikeluarkan tamat dan kesalahan di bawah Peraturan 39(b), Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 iaitu melanggar syarat pas yang telah dikeluarkan.

“Kita juga telah meminta pelanggan serta saksi di tempat kejadian untuk hadir ke Pejabat Imigresen Ipoh bagi membantu siasatan di bawah Akta Imigresen 1959/63.

“Siasatan terhadap pemilik premis dan majikan yang bertanggungjawab mengambil warga asing bekerja juga akan diteruskan di bawah Seksyen 55(B) atau Seksyen 55(E) Akta Imigresen 1959/63,” katanya.

JIM Negeri Perak berharap masyarakat dapat membuat laporan atau aduan bagi bersama membantu dalam usaha membenteras lambakan kehadiran PATI di negara ini.

Related Posts

Pelaksanaan MA63 terus diperkasa sebagai agenda nasional – Mustapha

KOTA KINABALU – Kerajaan MADANI terus memperkukuh pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) sebagai agenda nasional menerusi rundingan dan kerjasama antara Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Sabah serta Kerajaan Sarawak. Menteri di Jabatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lima ditahan ganggu tugas penguat kuasa di Tasek Bera

BERA – Lima individu termasuk empat wanita ditahan kerana bertindak menghalang tugas pihak berkuasa yang menjalankan operasi penguatkuasaan di kawasan Hutan Simpan Pemuliharaan Tasek Bera (Ramsar) di sini, pagi semalam.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pelaksanaan MA63 terus diperkasa sebagai agenda nasional – Mustapha

  • By Ezmie
  • September 16, 2026
Pelaksanaan MA63 terus diperkasa sebagai agenda nasional – Mustapha

Netizen bangga PMX tidak ‘termakan’ soalan provokasi isu Gaza, Israel

Netizen bangga PMX tidak ‘termakan’ soalan provokasi isu Gaza, Israel

PRU16: Demi rakyat atau elak lebih ramai pemimpin UMNO didakwa rasuah?

PRU16: Demi rakyat atau elak lebih ramai pemimpin UMNO didakwa rasuah?

Lima ditahan ganggu tugas penguat kuasa di Tasek Bera

Lima ditahan ganggu tugas penguat kuasa di Tasek Bera

Anwar tegaskan Malaysia tidak jadi laluan kargo sokong operasi ketenteraan Israel

Anwar tegaskan Malaysia tidak jadi laluan kargo sokong operasi ketenteraan Israel

AMK Miri tuntut UMNO bertanggungjawab, tidak normalisasi penghinaan agama

AMK Miri tuntut UMNO bertanggungjawab, tidak normalisasi penghinaan agama