Semua kanak-kanak GISBH di Perak selesai dituntut – Exco

IPOH – Exco Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Perak, Datuk Salbiah Mohamed mengesahkan kesemua 55 kanak-kanak Global Ikhwan Service and Business Holdings (GISBH) di Perak sudah selesai dituntut oleh ibu bapa dan waris masing-masing.

Menurutnya, kanak-kanak tersebut sebelum ini di tempatkan di rumah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Sebelum ini, pada 17 Disember lalu, beliau pernah memaklumkan sebahagian besar daripada 55 kanak-kanak sudah dituntut ibu bapa dan waris masing-masing.

Dalam kenyataan itu, beliau turut dilaporkan berkata, mereka yang belum diserahkan kepada ahli keluarga atau waris masih melalui beberapa proses siasatan dijalankan pihak polis.

“Saya difahamkan semua sudah selesai. Kebetulan semalam saya sempat melawat ke tempat perlindungan itu dan semua sudah clear (selesai),” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Program Gadis Hebat Negeri Perak 2025 di Kolej Poly-Tech MARA, di sini pada Selasa.

Hadir sama Pengarah Sekretariat Pembangunan Wanita dan Masyarakat Negeri Perak (Wanita Perak), Jamaliah Zakaria dan Pengerusi Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Perak, Mohamad Faizal Haramaini.

Sebelum ini, ratusan kanak-kanak yang terdiri daripada anak-anak pengikut GISBH diselamatkan polis melalui Ops Global yang dilaksanakan di beberapa negeri.

Related Posts

Jangan lindungi perbuatan khianat Ismail penyebab kemurkaan Tuanku Muhriz

POLEMIK mengenai cara Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir menegur Menteri Besar, Datuk Seri Ismail Lasim tidak seharusnya dijadikan politik pertikaian atau ‘alih perhatian’ daripada persoalan lebih…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan sokong usaha perkukuh pemikiran Islam, tadbir urus negara

KUALA LUMPUR – Usaha memperkukuh penyelidikan dan memperluas wacana pemikiran Islam terus mendapat sokongan kerajaan bagi memastikan sumbangan bidang keilmuan itu dapat dimanfaatkan dalam pembangunan tadbir urus negara serta kesejahteraan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Jangan lindungi perbuatan khianat Ismail penyebab kemurkaan Tuanku Muhriz

Jangan lindungi perbuatan khianat Ismail penyebab kemurkaan Tuanku Muhriz

Kerajaan sokong usaha perkukuh pemikiran Islam, tadbir urus negara

Kerajaan sokong usaha perkukuh pemikiran Islam, tadbir urus negara

Warga asing maut motosikal rempuh kenderaan buat pusingan U

  • By Fatin
  • October 16, 2026
Warga asing maut motosikal rempuh kenderaan buat pusingan U

Ustaz Husam diperintah bela diri kes gelaran tidak diiktiraf

Ustaz Husam diperintah bela diri kes gelaran tidak diiktiraf

Pelajar UM nafi soalan ‘scripted’, tegaskan fokus isu rasuah dan feudalisme

Pelajar UM nafi soalan ‘scripted’, tegaskan fokus isu rasuah dan feudalisme

Maritim Malaysia pintas bot PATI, 28 ditahan

Maritim Malaysia pintas bot PATI, 28 ditahan