Akauntan GISBH dibebas sementara dengan jaminan

SHAH ALAM – Akauntan Global Ikhwan Service and Business Holdings Sdn Bhd (GISBH), Hamimah Yakub, 73, yang didakwa di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) menjadi individu pertama dibebaskan dengan jaminan di Mahkamah Tinggi di sini pada Isnin.

Datuk Seri Latifah Mohd Tahar selaku hakim memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan peguam, Kamal Hisham Jaafar dan Muhammad Nor Tamrin yang mewakili akauntan tersebut selaku pemohon.

Semasa membaca keputusan ringkas, Latifah berkata, peruntukan Seksyen 13 (2) (b) Akta Sosma menyatakan, mana-mana tertuduh tidak akan diberi ikat jamin, kecuali mengikut beberapa kategori pengecualian jaminan.

Bagaimanapun, selepas membaca notis permohonan, afidavit dan meneliti hujahan bertulis dan lisan serta tiada bantahan daripada pihak pendakwaan, maka mahkamah menggunakan kuasa budi bicara untuk membenarkan jaminan terhadap pemohon.

“Mahkamah mengambil kira alasan, pemohon merupakan seorang wanita, tiada keterangan daripada pihak responden iaitu pendakwaan yang menunjukkan pemohon mempunyai risiko untuk larikan diri atau mengganggu saksi.

“Mahkamah juga mengambil kira faktor usia pemohon mencecah 73 tahun dan mempunyai masalah kesihatan,” katanya.

Beliau berkata, pemohon diberikan ikat jamin sebanyak RM40,000 bersama dua penjamin dengan syarat tambahan perlu melaporkan diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang, dua minggu sekali malah pemohon juga perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah, tidak mengganggu saksi dan hadir di setiap prosiding sehingga perbicaraan selesai.

Semasa hujahan, Kamal Hisham berkata, anak guamnya termasuk dalam kategori yang membolehkan dia dilepaskan sementara dengan jaminan.

Menurutnya, mengikut Seksyen 13 (2) (b) akta itu, mahkamah boleh pertimbangkan untuk memberikan jaminan sekiranya tertuduh, memenuhi syarat antaranya, seorang wanita, berusia bawah 18 tahun atau mempunyai penyakit yang dahsyat.

“Anak guam saya jelas termasuk dalam kategori itu, kerana dia merupakan seorang wanita warga emas, mempunyai penyakit asma, diabetis, hipertensi dan enzema kronik.

“Dia telah ditempatkan di Penjara Wanita Kajang sejak empat bulan lalu, iaitu bermula 20 September 2024, menyebabkan tahap kesihatannya semakin merosot, memandangkan keadaan jel yang serba kekurangan dan tidak selesa dari segi kebersihan,” katanya.

Sementara itu, Muhammad Nor berkata, semasa memasukkan syarat, golongan wanita boleh diberi pengecualian, menunjukkan niat dan semangat Parlimen untuk mengangkat darjat wanita sebagai Istimewa.

“Ditambah pula dengan keadaannya yang mencecah usia warga emas dan mempunyai sejarah penyakit,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya, Norinna Bahadun berkata, pendakwaan tidak membantah permohonan jaminan tersebut.

Sekiranya mahkamah membenarkan jaminan, beliau mencadangkan, ikat jamin ditetapkan sebanyak RM30,000 dengan syarat tambahan melaporkan diri di balai polis sekali dua minggu dan tidak mengganggu saksi kes.

Pada 23 Oktober tahun lalu, warga emas itu didakwa menjadi ahli kumpulan jenayah terancang, Kumpulan GISBH, di Jalan Desa Bandar Country Homes, Rawang di sini pada Oktober 2020 hingga 11 September 2024.

Dia didakwa mengikut Seksyen 130V(1) Kanun Keseksaan yang membawa penjara antara lima hingga 20 tahun, jika sabit kesalahan.

Pada 23 Disember tahun lalu, Mahkamah Sesyen Selayang membenarkan kes dihadapi Hamimah bersama 21 yang lain, dipindahkan untuk dibicarakan di Mahkamah Tinggi di sini.

Mereka ialah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) GISBH, Datuk Nasiruddin Mohd Ali, 66; isterinya, Datin Azura Md Yusof, 58, dan anak bekas pengasas Al-Arqam, Mohammad Adib At-Tamimi Asa’ari, 33.

Ia termasuk 11 tertuduh lelaki lain iaitu Mohd Shukri Mohd Noor, 54; Hasnan Abd Hamid, 54; Mokhtar Tajuddin, 61; Shuhaimi Mohamed, 57; Muhammad Afdaluddin Latif, 35; Mohamad Sayuti Omar, 36; Mohd Fazil Md Jasin, 58; Mohd Dhirar Fakhrur Razi, 35; Muhammad Zahid Azhar@Nadzri, 52; Abu Ubaidah Ahnad Shukri, 35 dan Muhammad Fajrul Islam Khalid, 29.

Tujuh tertuduh wanita lain ialah Asmat@ Asmanira Muhammad Ramly, 45; Mahani Kasim, 55; Siti Hajar Ismail, 52; Khalilatul-Zalifah Mohammad Jamil, 28; Nurul Jannah Idris, 29; Nur Jannah Omar, 33, dan Siti Salmiah Ismail, 58.

Related Posts

Laporan Task Force FELDA dijangka didedah dalam beberapa bulan lagi – PM

JEMPOL – Laporan Pasukan Petugas Khas (Task Force) berhubung Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) dijangka siap dalam tempoh beberapa bulan lagi sebelum didedahkan kepada umum, kata Perdana Menteri, Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Zool Amali dakwa UMNO gagal pertahan integriti, gesa tindakan tegas susulan RCI TH

LENGGENG – Calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Dewan Undangan Negeri (DUN) Lenggeng, Zool Amali Hussin mendakwa pendedahan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan Lembaga Tabung Haji (TH) membuktikan kegagalan kepimpinan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Laporan Task Force FELDA dijangka didedah dalam beberapa bulan lagi – PM

Laporan Task Force FELDA dijangka didedah dalam beberapa bulan lagi – PM

Aminuddin tunai tanggungjawab mengundi di DUN Sikamat

Aminuddin tunai tanggungjawab mengundi di DUN Sikamat

16 tahun menunggu, pingat emas Komanwel akhirnya milik Azizulhasni

16 tahun menunggu, pingat emas Komanwel akhirnya milik Azizulhasni

DAP Sarawak puji komitmen kerajaan MADANI laksana tuntutan MA63

DAP Sarawak puji komitmen kerajaan MADANI laksana tuntutan MA63

PRN Negeri Sembilan: 401 pusat mengundi dibuka, lebih 859,000 pemilih tentukan kerajaan baharu

PRN Negeri Sembilan: 401 pusat mengundi dibuka, lebih 859,000 pemilih tentukan kerajaan baharu

KOSMA umum bayaran dividen 60 peratus kepada ahli

KOSMA umum bayaran dividen 60 peratus kepada ahli