Tubuh pasukan khas tangani isu kenderaan berat langkah tepat pada masa

PUTRAJAYA – Inisiatif Usaha Kementerian Pengangkutan (MOT) menubuhkan pasukan petugas khas bagi menangani isu membabitkan kenderaan berat secara menyeluruh dibuat tepat pada masanya.

Pengerusi Pertubuhan Ikatan Komuniti Selamat, Tan Sri Lee Lam Thye, kenderaan berat termasuk lori kontena dan lori tangki adalah penting buat ekonomi negara, namun kehadirannya di jalan raya turut menimbulkan risiko keselamatan ketara jika langkah yang betul tidak dilaksanakan.

Menurutnya, usaha berkenaan perlu dilaksana secara holistik untuk menangani peningkatan jumlah kemalangan jalan raya dan kematian yang membabitkan kenderaan berat.

“Antara isu serius yang mempengaruhi keselamatan jalan raya ketika ini termasuk penyelenggaraan kenderaan yang lemah hingga menyebabkan banyak kenderaan berat beroperasi dengan brek haus, tayar rosak dan sistem pencahayaan yang tidak berfungsi.

“Sehubungan itu, kita menyokong penuh penubuhan pasukan petugas khas untuk mengkaji dan menangani isu keselamatan yang berkaitan dengan kenderaan berat di jalan raya kita,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Mengulas lanjut, Lam Thye memaklumkan, penyelenggaraan dan pemeriksaan berkala kenderaan berat penting untuk mencegah kegagalan mekanikal yang boleh menyebabkan kemalangan.

“Isu lain pula adalah keletihan dan pemanduan melulu yang sering dihadapi pemandu kenderaan berat ketika waktu kerja yang panjang dan jadual penghantaran yang ketat. Ia menyebabkan keletihan dan penurunan keupayaan membuat keputusan.

“Pemanduan melulu seperti memandu laju, pertukaran lorong secara tiba-tiba dan mengekori rapat amat membahayakan pengguna jalan raya lain.

“Selain itu, isu muatan berlebihan yang bukan sahaja merosakkan infrastruktur jalan raya, tetapi juga menjejaskan kestabilan dan kecekapan brek kenderaan berat serta meningkatkan kemungkinan berlakunya kemalangan,” katanya.

Sementara itu, Lam Thye mencadangkan kepada pasukan petugas khas supaya mengambil pendekatan holistik dengan mewajibkan pemeriksaan berkala kenderaan berat dan mengintegrasikan sistem pemantauan automatik.

“Keperluan juga untuk diperkasa mekanisme penguatkuasaan secara holistik, termasuk penalti lebih berat untuk pelanggaran keselamatan dan memastikan ada peningkatan program latihan pemandu agar memenuhi standard antarabangsa.

“Infrastruktur juga perlu ditambah baik  untuk menampung lalu lintas kenderaan berat dengan selamat, memperkenalkan buku log elektronik untuk memantau waktu pemandu dan mencegah insiden berkaitan keletihan,” katanya.

Tegasnya, nyawa yang hilang akibat kemalangan kenderaan berat bukan sekadar statistik kerana ia turut membabitkan mereka yang kehilangan ahli keluarga.

“Kita mesti bertindak sekarang untuk mengutamakan keselamatan semua pengguna jalan raya dan mencegah tragedi selanjutnya.

“Marilah kita bekerjasama untuk menjadikan jalan raya kita lebih selamat untuk semua,” katanya.

Selasa lalu, MOT memaklumkan pihaknya akan menubuhkan pasukan petugas khas bagi menangani isu membabitkan kenderaan berat secara menyeluruh.

Related Posts

Gambar disalah guna, Dr Zaliha nafi ada kaitan penempatan Rohingya

DATUK Seri Dr Zaliha Mustafa menafikan dakwaan bahawa beliau pernah menjemput seorang individu ke majlis perasmian atau pecah tanah bagi penempatan baharu etnik Rohingya. Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
‘Hutang ciput’, tetapi rakyat berhak tuntut cerita penuh kewangan Terengganu

KERAJAAN Negeri Terengganu tidak boleh sekadar meraikan penurunan hutang dan peningkatan hasil melalui slogan politik tanpa menjelaskan secara menyeluruh kedudukan kewangan negeri serta manfaat sebenar yang diterima rakyat. Rencana terbaharu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Gambar disalah guna, Dr Zaliha nafi ada kaitan penempatan Rohingya

Gambar disalah guna, Dr Zaliha nafi ada kaitan penempatan Rohingya

‘Hutang ciput’, tetapi rakyat berhak tuntut cerita penuh kewangan Terengganu

‘Hutang ciput’, tetapi rakyat berhak tuntut cerita penuh kewangan Terengganu

Program Sarawakku Sayang Betong tarik 97,225 pengunjung

Program Sarawakku Sayang Betong tarik 97,225 pengunjung

Tidak sokong Pas bukan ukuran iman seseorang – Zuliadin

Tidak sokong Pas bukan ukuran iman seseorang – Zuliadin

Gagal redakan krisis Negeri Sembilan, UMNO berdepan persepsi utamakan politik

Gagal redakan krisis Negeri Sembilan, UMNO berdepan persepsi utamakan politik

New Age Movement: JAKIM tegur, dapatkan penjelasan Marhamah

New Age Movement: JAKIM tegur, dapatkan penjelasan Marhamah