Kerajaan jimat RM7.5 bilion setahun hasil rasionalisasi subsidi diesel

PUTRAJAYA – Pelaksanaan rasionalisasi subsidi diesel dijangka memberikan penjimatan tahunan antara RM7.2 bilion dan RM7.5 bilion kepada kerajaan, meningkat daripada RM4 bilion diunjurkan tahun lalu.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, ini adalah hasil kejayaan pelancaran rasionalisasi subsidi diesel yang menyaksikan penjimatan sehingga RM600 juta sebulan selepas dilaksanakan.

“Apabila kerajaan melancarkan (rasionalisasi subsidi diesel) pada Julai 2024, kita menjangka memperoleh penjimatan kira-kira RM4 bilion setahun.

“Ketika ini kita kesan kira-kira RM600 juta sebulan, jadi itu sepatutnya memberi kita penjimatan kira-kira RM7.2 bilion hingga RM7.5 bilion setahun.

“Kita dapat melakukannya lebih baik kerana ketirisan (diesel) adalah lebih daripada apa yang kita sangka, dan itu hanya di Semenanjung pada ketika ini,” katanya semasa sesi panel pada Forum Ekonomi Malaysia (FEM) 2025, semalam.

Amir Hamzah berkata, perkara asas perlu dipertimbangkan semasa melaksanakan rasionalisasi subsidi diesel adalah apa yang perlu diuruskan kerajaan.

“Kita tahu bahawa daripada ketirisan itu, kita akan memasuki dua segmen utama – pertama, daripada sektor runcit hingga sektor komersial.

“Kedua, kita juga mengalami ketirisan besar melibatkan pergerakan merentas sempadan.

“Kita dapat melancarkannya kerana kita melaksanakan sistem yang sebenarnya mengurangkan risiko dari segi ketirisan.

“Kita capai hasil yang lebih baik kerana kita dapat mengurangkan ketirisan rentas sempadan,” katanya.

Related Posts

Gambar disalah guna, Dr Zaliha nafi ada kaitan penempatan Rohingya

DATUK Seri Dr Zaliha Mustafa menafikan dakwaan bahawa beliau pernah menjemput seorang individu ke majlis perasmian atau pecah tanah bagi penempatan baharu etnik Rohingya. Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
‘Hutang ciput’, tetapi rakyat berhak tuntut cerita penuh kewangan Terengganu

KERAJAAN Negeri Terengganu tidak boleh sekadar meraikan penurunan hutang dan peningkatan hasil melalui slogan politik tanpa menjelaskan secara menyeluruh kedudukan kewangan negeri serta manfaat sebenar yang diterima rakyat. Rencana terbaharu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Gambar disalah guna, Dr Zaliha nafi ada kaitan penempatan Rohingya

Gambar disalah guna, Dr Zaliha nafi ada kaitan penempatan Rohingya

‘Hutang ciput’, tetapi rakyat berhak tuntut cerita penuh kewangan Terengganu

‘Hutang ciput’, tetapi rakyat berhak tuntut cerita penuh kewangan Terengganu

Program Sarawakku Sayang Betong tarik 97,225 pengunjung

Program Sarawakku Sayang Betong tarik 97,225 pengunjung

Tidak sokong Pas bukan ukuran iman seseorang – Zuliadin

Tidak sokong Pas bukan ukuran iman seseorang – Zuliadin

Gagal redakan krisis Negeri Sembilan, UMNO berdepan persepsi utamakan politik

Gagal redakan krisis Negeri Sembilan, UMNO berdepan persepsi utamakan politik

New Age Movement: JAKIM tegur, dapatkan penjelasan Marhamah

New Age Movement: JAKIM tegur, dapatkan penjelasan Marhamah