Tidak benar soalan Sejarah SPM 2024 bocor – KPM

PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan (KPM) mengesahkan tiada soalan dan jawapan kertas peperiksaan Sejarah, Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024, seperti yang tular di media sosial baru-baru ini.

KPM menerusi kenyataan memaklumkan, hasil siasatan secara terperinci mendapati dakwaan tersebut terbukti tidak berasas.

Menurutnya, siasatan yang dijalankan turut mengambil kira semua sebaran dan tangkap layar berkaitan yang tular di laman media sosial.

“Malah, tangkap layar yang ditularkan hanya mengandungi senarai tajuk dalam buku teks Sejarah yang dijadikan ramalan.

“Tiada sebarang soalan dalam kertas peperiksaan Sejarah Kertas 1 dan 2 SPM 2024 dipaparkan dalam mana-mana sebaran dan tangkap layar yang ditularkan,” katanya, hari ini.

Sehubungan itu, KPM menegaskan, dakwaan itu tidak menepati definisi kebocoran yang ditetapkan mengikut prosedur pengurusan dan pengendalian kes kebocoran kertas peperiksaan serta kawalan keselamatan Lembaga Peperiksaan.

“Semua calon peperiksaan SPM dinasihatkan untuk kekal tenang dan fokus dalam menghadapi peperiksaan.

“KPM sentiasa komited memastikan kerahsiaan kertas peperiksaan awam adalah terpelihara dan kepentingan serta keadilan kepada semua calon peperiksaan SPM Tahun 2024 adalah terjamin,” katanya, hari ini.

Baru-baru ini, tular di media sosial mengenai  kebocoran kertas peperiksaan Sejarah, SPM 2024.

Hantaran tersebut memaparkan tangkap layar soalan peperiksaan bersama jawapan yang dikongsi menerusi ‘status’ WhatsApp.

Perkara ini mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen, terutama pelajar dan ibu bapa yang bimbang akan integriti peperiksaan SPM.

Antara tangkap layar yang dikongsikan termasuk mesej daripada seorang pelajar yang dipercayai menawarkan jawapan soalan bocor kepada orang lain.

Related Posts

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PUTRAJAYA – Pakatan Harapan (PH) akan mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat bagi meneliti beberapa perkara yang dibangkitkan pada Kongres Nasional PKR dan Persidangan Kebangsaan DAP. Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencatatkan pendapatan pelaburan RM57.50 bilion bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2026, meningkat 48 peratus berbanding RM38.92 bilion dalam tempoh sama…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok